This, These, That, Those, Here, There

Perbezaan  penggunaan keempat-empat perkataan ini mudah sahaja iaitu Singular dan Plural.

Singular ialah objek yang bilangannya satu.

Plural ialah objek yang bilangannya lebih dari satu (banyak).

 

Gunakan “this” untuk satu benda atau objek ada di sini (yang dekat dengan kita).

Contoh:This is a book in my hand.

Ini sebuah buku yang berada di tangan saya.

Gunakan “these” untuk objek atau benda yang lebih dari satu, yang berada di sini (dekat dengan kita).

Contoh:These are my friends next to me.

Ini kawan-kawan saya yang berada di sebelah saya.

 

Gunakan “that” untuk satu benda atau objek ada di sana (yang jauh dengan kita).

Contoh:That is his car over there.

Kereta itu miliknya yang berada di sana.

Gunakan “those” untuk benda atau objek yang lebih dari satu, yang berada di sana (jauh dengan kita).

Contoh: Those are his toys over there.

Itu mainan mereka yang berada di sana.

 

Gunakan “here” untuk satu benda atau objek yang dekat dengan kita.

Contoh:Here is the pencil in my hand.

Di sini pensil yang berada di tangan saya.

Gunakan “there” untuk satu benda atau objek yang jauh dengan kita.

Contoh:There is the pen next to the lamp.

Di sana pen yang berada di sebelah lampu.

Selain daripada maksud “di sana”, there juga membawa maksud “wujud“. Ia boleh digunakan untuk Singular dan Plural.

 

Gunakan “thereuntuk satu objek (singular) wujud (is).

Contoh: There is (There’s) a table next to the window.

Ada sebuah meja di sebelah tingkap.

Gunakan “thereuntuk lebih dari satu objek (plural) yang wujud (are).

Contoh: There are many of my friends at the stadium tonight.

Ada ramai kawan-kawan saya di stadium malam ini.

 

Akhir sekali, perbualan di bawah mengandungi semua perkataan yang kita bincangkan hari ini.

Rizky: Could you give me that book on the table over there?
Rania: Do you mean this book here?
Rizky: Yes, that book.
Rania: Here you are. Oh, could you give me those magazines on the table over there?
Rizky: These? Sure, here you are.

5 Responses to This, These, That, Those, Here, There

  1. ita says:

    Terima kasih…

    dengan cth yg telah diberikan sye semakin fhm cara penggunaan ayat tersebut :)

  2. NORZALINA says:

    Terima kasih

  3. Audra says:

    Assalammualaikum…

    En Hafiz… :)

  4. pairus says:

    Thank you, Mr Hafiz

  5. farini says:

    terima kasih En.hafiz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>