Tahun Baru 2010 & Azam Anda


Selamat Tahun Baru 2010. Apa azam tahun baru? Itulah persoalan biasa yang kedengaran menjelang setiap tahun baru. Ada yang ingin kuruskan badan, ada yang ingin dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, ada yang ingin nak dapatkan kerja, nak naik pangkat, dapat jodoh, jadi jutawan dan sebagainya.

Terdapat banyak tips dan cara untuk anda berjaya menggapai apa yang anda impikan. Antaranya anda perlu tahu dengan jelas apa yang anda inginkan dan anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Namun sebelum itu, saya ingin menekankan tentang peri pentingnya anda percaya 100% bahawa anda akan dapat mencapai apa yang anda inginkan tanpa ada rasa ragu-ragu walaupun sedikit. Ini kerana jika anda ada rasa ragu-ragu ia akan membantutkan anda mencapai impian anda. Mempunyai impian yang kuat tanpa sebarang rasa ragu akan membolehkan impian anda dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ini kerana, berapa pantas impian anda tercapai adalah bergantung kepada berapa tinggi rasa ragu-ragu anda terhadap impian anda.

Untuk menghilangkan rasa ragu-ragu ini anda perlulah sentiasa berfikiran positif, sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif, berkawan dengan orang-orang yang positif dan tidak sekali-kali membenarkan emosi negatif mengawal diri anda.

“Emosi positif dan negatif tidak dapat mengisi minda anda pada masa yang sama. Salah satu daripadanya mesti menguasai yang satu lagi. Adalah menjadi tanggungjawab anda memastikan emosi positif sentiasa mendominasi pengaruh minda anda.”

- Napoleon Hill.

Selamat menetapkan azam anda dan mencapainya pada tahun ini, 2010. :)

10 Responses to Tahun Baru 2010 & Azam Anda

  1. fiza says:

    hmm btul 2,kta mesti sntiasa bfikiran positif n yakin dgn ape yg kta buat..

  2. yanie says:

    Salam…a’ah btul 2…utk merealisasikn impian kt itu biarlah cara yg btul dan moga2 memproleh keredhaan Allah swt..insyaAllah…semoga kt smua berjaya dlm merealisasikn apa yg diazamkn… :)

  3. zeq says:

    yes……..positive thinking.

  4. DjSenja says:

    Salam Hafiz

    Segalanya bermula dengan keyakinan. Memang benar perasaan ragu2 akn membantutkan setiap usaha. Namun andai keyakinan telah terpahat di minda, akan dipermudahkan pula jalan dan laluan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan:)

    P/s: Selamat tahun baru 2010. Ebook anda amat memotivasikan abang dlm meneroka apa yg dikatakan belajar bahasa inggeris itu susah.. Tkasih banyak2.

  5. wawa says:

    erkk.. zeq, thinking positive ke positive thinking? mybe hafiz bley bantu. . .
    :)

  6. hafizlidin says:

    positive thinking = pemikiran positif

    think positive = berfikirlah (secara) positif

  7. hafizlidin says:

    DjSenja > Salam & tahniah diucapkan kepada anda. :) Bagi yang belum memiliki ebook Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris sila layari http://www.bahasainggeris.com untuk mendapatkannya.

  8. surie says:

    think positive…hehe :)

  9. Aisyah says:

    insyaAllah…

  10. bunny says:

    yes..u are right…we must think positive….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>