Tag Archives: world cup 2010

COMMITTED TO THE GAME – Lionel Messi


Keluarga saya mendedahkan semua perkara kepada kerugian supaya saya dapat mengikuti impian saya.

put on the line – mendedahkan (sesuatu) kepada kerugian atau kerosakan (expose to a chance of loss or damage)

Di Argentina, keluarga saya terpaksa membayar belanja perubatan yang banyak.

Jadi, bila ada peluang datang untuk bermain dengan kelab…

Siapa boleh tolong untuk membayarnya…

…kami menerimanya.

Bila saya main…

…ianya untuk mereka

Sekarang lebih dari itu.

KOMITED DENGAN PERMAINAN

send off

Perlawanan Piala Dunia masuk pusingan kedua. Isu yang hangat diperkatakan pada awal pertandingan dahulu ialah berkenaan bola yang digunakan, Jabulani yang dikatakan tidak berkualiti. Senyap isu bola, kini isu bunyi bising trumpet vuvuzela pula muncul. Pemain-pemain merungut tidak dapat fokus kepada permainan disebabkan bunyi bising tersebut. Penonton di televisyen pula runsing kerana tidak dapat mendengar ulasan pengulas perlawanan. Sehinggakan sebuah saluran televisyen Perancis, Canal Plus menawarkan penonton perlawanan secara langsung Piala Dunia yang bebas daripada bunyi trumpet itu dengan mencipta satu alat teknologi pengasingan frekuensi.

Baiklah sempena Piala Dunia kali ini, saya akan kongsikan perkataan-perkataan atau phrasal verbs yang bertemakan Piala Dunia atau bola sepak. Boleh kan? ;)

Kita mulakan dengan perkataan send off.

send off – mengeluarkan (pemain) dalam perlawanan bola sepak kerana kekerasan/melanggar peraturan. (to eject (a player), as from a soccer game, especially for a flagrant violation of the rules.)

Contoh ayat:

Australia’s Harry Kewell was sent off in the 24th minute of their World Cup Group D match against Ghana on Saturday for handling the ball.

Pemain Australia, Harry Kewell telah dikeluarkan pada minit ke 24 dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan D menentang Ghana pada hari Sabtu kerana memegang bola.

Malaysia akhirnya ke Piala Dunia!

Malaysia di Piala Dunia 2010!

Hari ini ada berita menggembirakan buat semua peminat sukan tanah air. Mana tidaknya, Malaysia akan ke Piala Duia 2010! Nanti dulu. Bukan pasukan bola sepak tapi pengadil perlawanan. ;)

Subkhidin Hj. Salleh, nama yang tidak asing lagi dalam arena pengadilan perlawanan bola sepak tempatan telah diberi penghormatan untuk mengadili perlwanan Piala Dunia di Afrika Selatan bermula Jun ini. Beliau akan dibantu oleh dua pegawai, Mu Yuxin dari China dan Jeffrey Goh Gek Pheng dari Singapura sebagai pembantu pengadil.

Dua pegawai perlawanan negara – Allahyarham Kapten Abdul Halim Hamid dan Mat Lazim Awang Hamat – pernah juga terpilih ke pusingan akhir Piala Dunia, tetapi hanya berwatak selaku pembantu pengadil.

Saya selalu mengikuti perkembangan bola sepak tempatan. Tidak dinafikan, Subkhidin merupakan antara pengadil terbaik pernah dilahirkan negara. Biarpun tegas dengan keputusannya, beliau seorang yang tidak lokek dengan senyuman. Itulah kekuatan Subkhidin. Tak dapat tengok pasukan bola sepak, tengok pengadil pun jadilah. ;)

Tahniah Subkhidin!

Idioms:

MALAYSIA will be at the Fifa World Cup in South Africa after all.

Malaysia akhirnya ke Piala Dunia Fifa di Afrika Selatan! ;)