Tag Archives: traffic jam

bear with +

Pada cuti Tahun Baharu Cina yang lalu, saya ke Kuala Lumpur bertemu rakan-rakan lama. Saya bertolak kira-kira jam 10.30 pagi dan k ira-kira jam 11.30 pagi saya berada di lebuh raya PLUS. Perjalanan saya ke Kuala Lumpur amat lancar berbeza sekali dengan perjalanan kenderaan menghala ke utara yang amat sesak dengan warga kota yang mahu pulang ke kampung dan ke destinasi masing-masing.

Pada pengamatan saya kenderaan memang banyak. Akan tetapi kesesakan yang berlaku adalah disebabkan oleh sebuah kereta di tepi jalan yang rosak/kemalangan dan terdapat seorang anggota polis/peronda yang mengawal kereta tersebut. Kenderaan yang memperlahankan dengan memandang-mandang kereta tersebut menjadi punca kesesakan ini. Buktinya selepas sahaja melalui lokasi kejadian, perjalanan kembali seperti biasa. Sudah berkali-kali pemandu dinasihatkan agar tidak melihat kenderaan yang rosak ditepi jalan tetapi ia masih berlaku.

Oleh kerana nasihat ini kurang berkesan, jadi saya ingin cadangkan kepada peronda PLUS agar meletakkan kanvas atau penghadang di tepi kereta yang rosak agar pemandu-pemandu kereta yang lain tidak memandang-mandang kereta tersebut untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Bagaimana, setuju dengan saya? ;)

Phrasal Verbs


bear with + = bersabar (be patient)

I can’t bear with the traffic jam during Chinese New Year.

(Saya tak boleh bersabar dengan kesesakan jalan semasa Tahun Baharu Cina.