Tag Archives: phrasal

set out

Cuti-cuti 1Malaysia telah bermula! Musim cuti sekolah adalah waktu yang dinanti-nanti oleh semua. Ini kerana kesempatan ini boleh digunakan untuk pergi melancong bersama keluarga sama ada di dalam negara mahupun ke luar negara. Tak terkecuali kepada para mak cik dan pak cik yang sudah menempah tempat duduk untuk pergi melancong dengan rombongan bas.

Anda ke mana cuti kali ini?

Jika tidak keberatan, boleh kongsikan kepada pembaca blog ini tempat-tempat yang anda akan pergi dan sudah pergi. Manalah tahu kami berkesempatan untuk pergi ke sana pula nanti. ;)

Phrasal verbs

set out – memulakan perjalanan (start a trip)

They set out for Langkawi yesterday evening.

Mereka memulakan perjalanan ke Langkawi petang semalam.

Selamat bercuti dan selamat melancong! :D

fill out

Adakah anda mengalami masalah berat badan?

Jika hari ini ramai orang berusaha untuk mengurangkan berat badan, saya pula sedang berusaha menambah berat badan. Ini kerana sejak kebelakangan ini ramai yang mengatakan saya semakin kurus. Oleh itu, sekarang saya sedang mengambil satu makanan tambahan untuk menambah berat badan. Jika ia berjaya boleh lah saya syorkan kepada anda yang mengalami masalah yang serupa. ;)

Jika anda ingin tahu berapakah berat badan yang ideal, anda boleh ke lama web ini. Masukkan berat dan tinggi anda. http://bit.ly/9TzzUt

Phrasal Verb

==========

fill out – jadi semakin berisi; bertambah berat badan (become less thin; gain weight).

Contoh ayat:

Azlan used to be really skinny, but in the last year he’s begun to fill out.

Azlan biasanya sangat kurus, tapi beberapa tahun kebelakangan ini dia semakin berisi.

sumber gambar: http://bit.ly/9XEugn


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

put * on +

Phrasal verbs hari ini ialah berkenaan perbuatan yang kita lakukan tiap-tiap hari iaitu pakai/memakai (baju, seluar etc.). Jika selama ini anda menggunakan perkataan wear bagi menunjukkan anda memakai sesuatu, akan tetapi bermula hari ini anda boleh gunakan phrasal verbs yang membawa maksud yang sama iaitu put * on .

wear = pakai / memakai

put * on = pakai / memakai

Contoh ayat:

Make sure you put on a sweater before you go outside.

Pastikan anda memakai baju sejuk sebelum anda keluar.

Terima kasih.

sumber gambar: http://planetgreen.discovery.com/fashion-beauty/images/2009-03/sweater.jpg

Teknik Menjawab Soalan Temuduga


call off

Salam Aidilfitri di ucapkan kepada semua pembaca Blog Memperkasa Bahasa Inggeris.

Hari ini 20 September 2010 bersamaan 12 Syawal 1431 H. Bagaimana dengan sambutan Syawal kali ini? Saya harap kita semua dapat menyambutnya dengan riang dan gembira. Pada pagi 1 Syawal yang lalu saya menyambutnya dalam keadaan hujan renyai-renyai. Di kampung saya ada satu tradisi yang dinamakan ‘rombongan surau’.

Sesudah menunaikan solat aidilfitri, jemaah surau akan bertandang dari satu rumah ke satu rumah yang mengambil bahagian untuk berhari raya. Jadi, pada masa ini bolehlah merasa pelbagai jenis makanan dalam masa yang singkat. ;) Sambil itu kesempatan itu juga digunakan untuk berkenal-kenalan dengan rakan baru, bertemu semula rakan-rakan lama dan bermaaf-maafan.

Di bandar pula, amalan yang biasanya dilakukan pada musim raya  sejak akhir-akhir ini ialah rumah terbuka atau open house. Amalan ini juga tidak kurang bagusnya. Ia mampu mengumpulkan serta mempertemukan kenalan dan sanak saudara pada satu masa. Jadi sudah pasti banyak kenangan indah, lucu, yang tidak dapat dilupakan, menjadi bahan sembang bersama. :)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dan selamat menghadiri rumah terbuka.

==============

call off = membatalkan sesuatu / cancel something

My open house was called off because not enough people could attend.

Rumah terbuka saya dibatalkan kerana tidak ramai yang boleh hadir.

count on

Hari ini kita sudah masuk ke bulan baru iaitu bulan Ogos. Beberapa hari lagi, semua umat Islam akan menyambut kedatangan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan baru, semangat pun mesti baru! ;)

Baiklah, mari kita lihat phrasal verbs terbaru hari ini iaitu perkataan count on. Perkataan count jika dibiarkan bersendirian akan membawa maksud ‘kira’. Akan tetapi apabila ditambah perkataan on di belakangnya, maksudnya sudah bertukar.

count – kira, mengira

count on – bergantung, berharap.

Contoh ayat:

I’m counting on the taxi driver to find the hotel.

Saya bergantung/berharap kepada pemandu teksi itu untuk mencari hotel tersebut.

come into

Apakah yang anda faham dengan phrasal verbs come into? Jika kita terjemahkannya satu persatu, maksudnya akan jadi ‘datang ke dalam’. Namun, maksud yang sebenarnya ialah mewarisi atau mempusakai.

Contoh ayat:

She came into a fortune when her uncle passed away.

Dia mewarisi tuah apabila pakciknya meninggal dunia.

Have you ever come into a large amount of money?

Pernahkah kamu mewarisi duit yang banyak?

sumber gambar: http://pinellasnewsboy.com/2009/05/04/tax-credit-money-up-front-for-your-pinellas-county-home/

make out

See, watchview, stareogle

Apakah persamaan di antara kata kerja di atas? Ya, persamaannya ialah semua kata kerja ini menggunakan deria mata. Namun fungsinya berbeza-beza. See bermaksud lihat, watch bermaksud tonton, view bermaksud pandang, stare bermaksud renung, ogle bermaksud jeling.

Terdapat satu lagi phrasal verbs dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud yang hampir sama iaitu make out.

Make out – melihat dengan sukar (to see with difficulty)

Contoh ayat –

I could just make out the ship on the horizon.

Saya boleh lihat kapal itu di kaki langit.

Can you make out anything in the distance?

Bolehkah kamu lihat sesuatu dari jauh?

send off

Perlawanan Piala Dunia masuk pusingan kedua. Isu yang hangat diperkatakan pada awal pertandingan dahulu ialah berkenaan bola yang digunakan, Jabulani yang dikatakan tidak berkualiti. Senyap isu bola, kini isu bunyi bising trumpet vuvuzela pula muncul. Pemain-pemain merungut tidak dapat fokus kepada permainan disebabkan bunyi bising tersebut. Penonton di televisyen pula runsing kerana tidak dapat mendengar ulasan pengulas perlawanan. Sehinggakan sebuah saluran televisyen Perancis, Canal Plus menawarkan penonton perlawanan secara langsung Piala Dunia yang bebas daripada bunyi trumpet itu dengan mencipta satu alat teknologi pengasingan frekuensi.

Baiklah sempena Piala Dunia kali ini, saya akan kongsikan perkataan-perkataan atau phrasal verbs yang bertemakan Piala Dunia atau bola sepak. Boleh kan? ;)

Kita mulakan dengan perkataan send off.

send off – mengeluarkan (pemain) dalam perlawanan bola sepak kerana kekerasan/melanggar peraturan. (to eject (a player), as from a soccer game, especially for a flagrant violation of the rules.)

Contoh ayat:

Australia’s Harry Kewell was sent off in the 24th minute of their World Cup Group D match against Ghana on Saturday for handling the ball.

Pemain Australia, Harry Kewell telah dikeluarkan pada minit ke 24 dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan D menentang Ghana pada hari Sabtu kerana memegang bola.

break out

Jika minggu lepas kita bercerita tentang dua phrasal verbs sekali gus, akan tetapi minggu ini kita bercerita tentang satu phrasal verbs yang mempunyai dua maksud yang berbeza iaitu break out.  Maksud pertama ialah  meletus (to happen suddenly) manakala maksud kedua ialah melarikan diri dari penjara (to escape from prison).

Contoh ayat:

1. Rioting broke out as a result of the strike.

Rusuhan meletus akibat daripada serangan itu.

2. A prisoner has broken out.

Seorang banduan telah melarikan diri.

sumber gambar: http://gaygamer.net/2008/08/break_out_of_prison_with_wentw.html

carry out atau carry on?

Salam kepada semua pembaca. Maaf kerana tidak mengemaskini blog ini pada minggu lepas. Ini kerana blog menghadapi sedikit masalah teknikal yang diluar jangkaan. Alhamdulillah semuanya sudah berjaya diselesaikan.

Oleh kerana tiada tips pada minggu lepas, jadi hari ini kita belajar dua phrasal verbs sekaligus. Saya juga akan menunjukkan penggunaan yang betul untuk phrasal verbs ini. Phrasal verbs kita untuk hari ini ialah carry out dan carry on. Mari kita lihat dahulu apa yang dimaksudkan dengan kedua-dua phrasal verbs ini.

carry out – melaksanakan

carry on – mengurus

Yang salah

My son will carry out my business in my absence.

Anak saya akan melaksanakan perniagaan saya ketika ketiadaan saya.

Business family. Father and son in suit on a gray background. photo

Yang betul

My son will carry on my business in my absence.

Anak saya akan menguruskan perniagaan saya ketika ketiadaan saya.

Sekian.