Tag Archives: new year

Xin Nian Kuaile & Gong Xi Fa Cai

Selamat Tahun Baharu Cina diucapkan kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hwa. Semoga dengan kehadiran tahun baru harimau ini akan membawa tuah dan rahmat kepada anda semua.
Asal usul

Menurut asal-usul perayaan Tahun Baru Cina berasal dari seekor raksasa yang bernama, ‘Nian’ atau yang bermaksud ‘tahun’ dalam bahasa Melayu yang sering mencari mangsa pada malam sebelum tahun baru bermula. Ketika itu manusia sangat takut akan raksasa ini.

Pada satu hari, kebun buluh yang berdekatan kampung terbakar yang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat seperti mercun. Ini telah menakutkan raksasa itu mengakibatkan a tidak berani untuk pergi berdekatan kampung itu.
Selain itu orang-orang tua juga berpesan supaya menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru, bagi mengelakkan raksasa Nian mengganas semula. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau raksasa itu.
Seperti yang kita sedia maklum amalan bermain mercun dan menggantung kertas merah masih diteruskan hingga hari ini, walaupun ada di antara masyarakat muda-mudi Cina tidak tahu tujuan sebenar amal tersebut dilakukan.
- sumber: www.utusan.com.my


Selamat Tahun Baharu Cina, Happy Chinese New Year, Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai. :)

Tahun Baru 2010 & Azam Anda


Selamat Tahun Baru 2010. Apa azam tahun baru? Itulah persoalan biasa yang kedengaran menjelang setiap tahun baru. Ada yang ingin kuruskan badan, ada yang ingin dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, ada yang ingin nak dapatkan kerja, nak naik pangkat, dapat jodoh, jadi jutawan dan sebagainya.

Terdapat banyak tips dan cara untuk anda berjaya menggapai apa yang anda impikan. Antaranya anda perlu tahu dengan jelas apa yang anda inginkan dan anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Namun sebelum itu, saya ingin menekankan tentang peri pentingnya anda percaya 100% bahawa anda akan dapat mencapai apa yang anda inginkan tanpa ada rasa ragu-ragu walaupun sedikit. Ini kerana jika anda ada rasa ragu-ragu ia akan membantutkan anda mencapai impian anda. Mempunyai impian yang kuat tanpa sebarang rasa ragu akan membolehkan impian anda dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ini kerana, berapa pantas impian anda tercapai adalah bergantung kepada berapa tinggi rasa ragu-ragu anda terhadap impian anda.

Untuk menghilangkan rasa ragu-ragu ini anda perlulah sentiasa berfikiran positif, sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif, berkawan dengan orang-orang yang positif dan tidak sekali-kali membenarkan emosi negatif mengawal diri anda.

“Emosi positif dan negatif tidak dapat mengisi minda anda pada masa yang sama. Salah satu daripadanya mesti menguasai yang satu lagi. Adalah menjadi tanggungjawab anda memastikan emosi positif sentiasa mendominasi pengaruh minda anda.”

- Napoleon Hill.

Selamat menetapkan azam anda dan mencapainya pada tahun ini, 2010. :)