Tag Archives: Motivasi

Happy New Year 2011

Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan kepada semua pembaca Blog Memperkasa Bahasa Inggeris. I hope this year brings peace and happiness to everyone.

Apa azam anda tahun ini? Azam tahun lepas macam mana? Sudah tercapai? Baiklah sempena tahun baru ini saya ingin memberikan sedikit tips bagaimana anda boleh mencapai azam yang anda tetapkan dengan cara yang mudah. Caranya ialah dengan menulis matlamat anda. Ini kerana mengikut kajian, hanya 2% orang dewasa yang mempunyai matlamat menulis matlamat mereka.

Matlamat ialah satu kehendak bertulis yang disusuli dengan tindakan untuk merealisasikannya. Contohnya jika anda ingin meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris, anda perlu menulisnya dalam sehelai kertas atau sebuah buku kecil. Kemudian, anda perlu mencari jalan bagaimana untuk mencapainya seperti mendengar lagu berbahasa Inggeris, berkawan dengan rakan yang pandai berbahasa Inggeris, dan membaca buku-buku yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Jika anda mempunyai suatu keinginan yang hanya berlegar-legar di kepala anda sahaja, ia tidak boleh dinamakan sebagai matlamat. Sebaliknya ia hanyalah angan-angan.

Jadi, homework anda untuk hari ini;

1. Fikirkan apa yang anda hendak capai pada tahun 2011

2. Tulis dalam sehelai kertas.

3. Berusaha untuk merealisasikan matlamat tersebut sehingga berjaya.

Selamat menulis matlamat anda! ;)

Tahun Baru 2010 & Azam Anda


Selamat Tahun Baru 2010. Apa azam tahun baru? Itulah persoalan biasa yang kedengaran menjelang setiap tahun baru. Ada yang ingin kuruskan badan, ada yang ingin dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, ada yang ingin nak dapatkan kerja, nak naik pangkat, dapat jodoh, jadi jutawan dan sebagainya.

Terdapat banyak tips dan cara untuk anda berjaya menggapai apa yang anda impikan. Antaranya anda perlu tahu dengan jelas apa yang anda inginkan dan anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Namun sebelum itu, saya ingin menekankan tentang peri pentingnya anda percaya 100% bahawa anda akan dapat mencapai apa yang anda inginkan tanpa ada rasa ragu-ragu walaupun sedikit. Ini kerana jika anda ada rasa ragu-ragu ia akan membantutkan anda mencapai impian anda. Mempunyai impian yang kuat tanpa sebarang rasa ragu akan membolehkan impian anda dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ini kerana, berapa pantas impian anda tercapai adalah bergantung kepada berapa tinggi rasa ragu-ragu anda terhadap impian anda.

Untuk menghilangkan rasa ragu-ragu ini anda perlulah sentiasa berfikiran positif, sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif, berkawan dengan orang-orang yang positif dan tidak sekali-kali membenarkan emosi negatif mengawal diri anda.

“Emosi positif dan negatif tidak dapat mengisi minda anda pada masa yang sama. Salah satu daripadanya mesti menguasai yang satu lagi. Adalah menjadi tanggungjawab anda memastikan emosi positif sentiasa mendominasi pengaruh minda anda.”

- Napoleon Hill.

Selamat menetapkan azam anda dan mencapainya pada tahun ini, 2010. :)