Tag Archives: money

Spending money (1)

Jika sebelum ini saya hanya berkongsi dengan anda 1 phrasal verb untuk 1 post, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda lebih dari 1 phrasal verb. Namun begitu, ia mempunyai tema yang sama iaitu mengeluarkan/menghabiskan duit (spending money).

1. lay out – menghabiskan sejumlah wang yang besar.

Contoh ayat:

They LAID OUT thousands of ringgit on their wedding reception.

(Mereka menghabiskan beribu ringgit untuk majlis perkahwinan mereka.)

2. splash out – menghabiskan duit terhadap sesuatu yang anda tidak perlukan/tidak penting tetapi menyeronokkan

Contoh ayat:

We went to an expensive restaurant and SPLASHED OUT to celebrate our anniversary.

(Kami pergi ke restoran mewah dan menghabiskan duit untuk meraikan ulang tahun kami.)

3. run up – membuat hutang yang besar

Contoh ayat:

He RAN UP a lot of bills at the hotel.

(Dia berhutang bil di hotel itu dengan banyak sekali.)

Bersambung.

come into

Apakah yang anda faham dengan phrasal verbs come into? Jika kita terjemahkannya satu persatu, maksudnya akan jadi ‘datang ke dalam’. Namun, maksud yang sebenarnya ialah mewarisi atau mempusakai.

Contoh ayat:

She came into a fortune when her uncle passed away.

Dia mewarisi tuah apabila pakciknya meninggal dunia.

Have you ever come into a large amount of money?

Pernahkah kamu mewarisi duit yang banyak?

sumber gambar: http://pinellasnewsboy.com/2009/05/04/tax-credit-money-up-front-for-your-pinellas-county-home/