Tag Archives: malaysia

Betulkan kesalahan ayat: 2

Salam & selamat pagi semua.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki setelah seri dengan Vietnam 0-0 malam tadi. Biarpun pasukan Vietnam mengasak dari setiap penjuru, namun pertahanan Malaysia kental bertahan sehingga ke wisel penamat. Malaysia layak dengan agregat 2-0.

Kita tinggalkan bola sepak dan bersembang-sembang berkenaan bahasa Inggeris pula. Pada minggu lepas saya berikan 3 ayat kepada para pembaca sekalian yang mengandungi kesalahan-kesalaham yang perlu diperbetulkan. Hari ini anda berpeluang untuk memperbetulkan 2 lagi ayat.

  1. I ate one bread for the breakfast.
  2. I need much money. Do you have much?

Selamat mencuba. ;)

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

P.S: Sebarkan post ini kepada rakan-rakan anda di facebook atau twitter dengan melakukan klik pada butang ‘Share / Save’ di bawah. TQ

Malaysia akhirnya ke Piala Dunia!

Malaysia di Piala Dunia 2010!

Hari ini ada berita menggembirakan buat semua peminat sukan tanah air. Mana tidaknya, Malaysia akan ke Piala Duia 2010! Nanti dulu. Bukan pasukan bola sepak tapi pengadil perlawanan. ;)

Subkhidin Hj. Salleh, nama yang tidak asing lagi dalam arena pengadilan perlawanan bola sepak tempatan telah diberi penghormatan untuk mengadili perlwanan Piala Dunia di Afrika Selatan bermula Jun ini. Beliau akan dibantu oleh dua pegawai, Mu Yuxin dari China dan Jeffrey Goh Gek Pheng dari Singapura sebagai pembantu pengadil.

Dua pegawai perlawanan negara – Allahyarham Kapten Abdul Halim Hamid dan Mat Lazim Awang Hamat – pernah juga terpilih ke pusingan akhir Piala Dunia, tetapi hanya berwatak selaku pembantu pengadil.

Saya selalu mengikuti perkembangan bola sepak tempatan. Tidak dinafikan, Subkhidin merupakan antara pengadil terbaik pernah dilahirkan negara. Biarpun tegas dengan keputusannya, beliau seorang yang tidak lokek dengan senyuman. Itulah kekuatan Subkhidin. Tak dapat tengok pasukan bola sepak, tengok pengadil pun jadilah. ;)

Tahniah Subkhidin!

Idioms:

MALAYSIA will be at the Fifa World Cup in South Africa after all.

Malaysia akhirnya ke Piala Dunia Fifa di Afrika Selatan! ;)