Tag Archives: kuasai bahasa inggeris

My two cents

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan diucapkan kepada pembaca beragama Islam. Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan keampunan, bulan Al-Quran dan bulan beribadat kepada-Nya. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kita.

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,  saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian satu frasa dalam bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam perbualan mereka iaitu My Two Cents. Jika diterjemah bulat-bulat dalam bahasa Melayu ia membawa maksud ‘dua sen saya’. Akan tetapi maksud yang tersiratnya ialah my opinion atau pada pendapat saya. Frasa ini sering digunakan dalam perbualan orang-orang Amerika. Jika anda menonton filem-filem mereka, anda pasti pernah dengar frasa ini.

Contoh ayat:

My two cents is that you should sell that stock now.”

Pada pendapat saya awak perlu jual saham itu.”

“That’s just my two cents.”

“Itu pendapat saya saja.”

 

Anda nak cuba buat ayat? Sila taip di ruangan di bawah.

Terima kasih.

how come?

Seringkali kita dengar dalam perbualan bahasa Inggeris melalui drama TV atau movie pelakon-pelakonnya bertanyakan sesuatu perkara dengan menggunakan frasa ‘HOW COME’. Apakah maksudnya?

HOW COME membawa maksud WHY atau MENGAPA. Ia adalah singkatan kepada “HOW DID IT COME?’

Contoh ayat:

1. How come you’re not attending the conference?

Mengapa awak tak hadir ke persidangan itu?

2. How come Sue never has to wash the dishes?

Mengapa Sue tak pernah membasuh pinggan mangkuk?

3. How come you didn’t call me anymore?

Mengapa awak tidak menghubungi saya lagi?

 

Mengapa HOW COME dan bukan WHY?

HOW COME biasanya digunakan dalam situasi yang agak tegas dan agak marah. Biasanya orang yang bertanya tersebut sudah tahu jawapannya cuma sekadar untuk memberi penegasan.

Nak cuba buat soalan dengan frasa HOW COME? Sila taip dir uangan komen. Jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan facebook atau twitter anda melalui button share dibawah.

Sekian.