Tag Archives: inggeris

how come?

Seringkali kita dengar dalam perbualan bahasa Inggeris melalui drama TV atau movie pelakon-pelakonnya bertanyakan sesuatu perkara dengan menggunakan frasa ‘HOW COME’. Apakah maksudnya?

HOW COME membawa maksud WHY atau MENGAPA. Ia adalah singkatan kepada “HOW DID IT COME?’

Contoh ayat:

1. How come you’re not attending the conference?

Mengapa awak tak hadir ke persidangan itu?

2. How come Sue never has to wash the dishes?

Mengapa Sue tak pernah membasuh pinggan mangkuk?

3. How come you didn’t call me anymore?

Mengapa awak tidak menghubungi saya lagi?

 

Mengapa HOW COME dan bukan WHY?

HOW COME biasanya digunakan dalam situasi yang agak tegas dan agak marah. Biasanya orang yang bertanya tersebut sudah tahu jawapannya cuma sekadar untuk memberi penegasan.

Nak cuba buat soalan dengan frasa HOW COME? Sila taip dir uangan komen. Jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan facebook atau twitter anda melalui button share dibawah.

Sekian.

Yes No

Group of people holding sign with NO only one person stand out of crowd holding a yes sign 3d illustration photo
Yes, No. Dua perkataan bahasa Inggeris yang selalu kita dengar dan selalu kita gunakan. Hatta orang yang tidak pandai bahasa Inggeris pun tahu dua perkataan ini. Apabila kita bersetuju dengan sesuatu perkara yang ditanya kepada kita, maka kita akan menjawab YES. Jika sebaliknya kita akan jawab NO.

Namun begitu, tahukah anda cara yang yang betul ketika menggunakan dua perkataan ini? Mari kita bincangkan bersama.

Apabila menjawab dengan mengatakan YES, anda perlu jawab begini;

Did he come last week? – Yes, he did.

Anda tidak boleh hanya menjawab ‘Yes’, tapi perlu ditambah perkataan ‘he did.’ Contoh lain;

Are you from Malaysia? – Yes, I am.

Is he your friend? – Yes, he is.

Are Aziz and Satar from Malaysia? – Yes, they are.

Namun, berbeza dengan NO. Apabila anda menjawab No, anda perlu ringkaskan jawapan anda. Lihat contoh.

Did he come last week? – No, he didn’t. (ringkasan daripada he did not)

Are you from Malaysia? – No, I’m not. (I am not)

Is he your friend? – No, he isn’t. (he is not)

Are Azizi and Satar from Malaysia? – No, they aren’t. (they are not)


kick in

Semalam, kawan saya didatangi beberapa orang di tempat kerja beliau yang menawarkan kaedah pemeriksaan kesihatan melalui mata. Kaedah ini hanya memeriksa mata seseorang dan melaluinya ia dapat mengetahui penyakit yang ada, tahap kesihatan dan potensi penyakit yang bakal dihidapi oleh seseorang dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Dan apa yang dikatakan oleh pemeriksa tersebut memang betul dan diakui oleh kawan saya!  Habis pemeriksaan, pemeriksa berkenaan menasihatkan agar beliau sentiasa menjaga pemakanan, banyakkan minum air dan bersenam.

Kesihatan adalah sangat penting. Seeloknya selalulah membuat pemeriksaan kesihatan secara kerap untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Tetapi sudah menjadi adat dan kebiasaan kita, sudah dapat penyakit baru hendak makan ubat dan sebagainya. Dan selepas itu hidup kita hanya bergantung kepada ubat. Alangkah ruginya.

Oleh yang demikian, kepada yang masih sihat, hargailah kesihatan anda. Orang yang tidak pernah sakit, tidak akan mengerti betapa hebatnya menjadi sihat. Hanya setelah ia sakit baharulah ia sedar betapa besarnya nikmat sihat.

Jaga pemakanan anda, banyakkan minum air dan bersenamlah selalu.

Phrasal Verbs

kick in = mula memberi kesan (begin taking effect)

The medicine takes one hour to kick in.

(Ubat itu mengambil masa sejam untuk mula memberi kesan.)

We are sinking!

Antara tenggelam dan berfikir? ;)

pass out

Salam,

Oleh kerana sudah agak lama saya tidak menulis di blog, hari ini saya tidak mahu berceloteh panjang. Sebaliknya kita terus kepada perkataan atau phrasal verbs berikutnya iaitu pass out.

pass = lulus

out = luar

pass out = tidak sedarkan diri/pengsan (become unconscious)

Contoh ayat:

He passed out because the weather was so hot.

(Dia pengsan kerana cuaca yang sangat panas.)

mountie-passed-out

Sekian.

Salam Tahun Baru 1431 H

hijrah

Salam,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1431 Hijriah kepada semua umat Islam walau di mana sahaja anda berada.

Kedua, saya ingin mengumumkan pertukaran domain blog ini daripada http://blog.bahasainggeris.com kepada http://bahasainggeris.com/blog. Ini adalah disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. Disebabkan kesilapan ini juga saya tidak dapat menulis post berkenaan bahasa Inggeris untuk anda sejak hampir sebulan. :(

Namun, dengan kedatangan tahun baru hijrah serta blog baru ini, insya-Allah saya akan berusaha untuk terus memberikan tips-tips bernas kepada anda dalam menguasai bahasa Inggeris.

Terima kasih kerana masih setia membaca. :)

Ebook Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris akhirnya dilancarkan!

Salam,

Alhamdulillah, setelah tertangguh agak lama akhirnya pada 13/10/2009 ebook saya yang bertajuk Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris telah berjaya dilancarkan. Ebook ini sebahagian besarnya adalah coretan pengalaman peribadi saya bagaimana saya boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Disamping itu juga saya turut memuatkan tip-tip lain yang boleh membantu anda mahir berbahasa Inggeris.

eco1

Sedikit sejarah mengenai ebook ini. Saya mula menulisnya pada awal tahun 2008. Jadi, kira-kira hampir setahun setengah selepas ditulis, baharulah ebook ini berjaya diterbitkan. Selama setahun setengah ini juga telah banyak penambahbaikan yang saya lakukan untuk menjadikan ebook ini betul-betul mantap.

BONUS

Disamping itu juga saya ada menyediakan bonus untuk anda. Bagi anda yang masih lemah dalam penguasaan grammar, saya turut membukukan satu ebook Panduan Grammar Berbahasa Melayu. Dalam ebook ini saya akan menerangkan kepada anda hukum-hukum grammar Bahasa Inggeris dengan menggunakan perantara Bahasa Melayu agar anda dapat faham dengan mudah. Ya ebook ini anda boleh dapat secara percuma dengan pembelian ebook Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris.

bin1

Untuk maklumat lanjut tentang ebook ini sila layari: www.bahasainggeris.com

HARGA

Oh ya… harga pengenalan ebook ini adalah RM 30. Namun harga ini adalah untuk sementara waktu sahaja dan ia akan dinaikkan selepas mencapai unit tertentu. Oleh yang demikian jika anda betul-betul ingin menguasai bahasa Inggeris dan berminat untuk mendapatkannya pada harga RM 30, sila dapatkan sekarang! Layari:www.bahasainggeris.com.

Harga terkini ebook ialah RM 60 RM 40 sahaja.

Salam,
Alhamdulillah, setelah tertangguh agak lama akhirnya pada 13/10/2009 ebook saya yang bertajuk Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris telah berjaya dilancarkan. Ebook ini sebahagian besarnya adalah coretan pengalaman peribadi saya bagaimana saya boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Disamping itu juga saya turut memuatkan tip-tip lain yang boleh membantu anda mahir berbahasa Inggeris.
Sedikit sejarah mengenai ebook ini. Saya mula menulisnya pada awal tahun 2008. Jadi, kira-kira hampir setahun setengah selepas ditulis, baharulah ebook ini berjaya diterbitkan. Selama setahun setengah ini juga telah banyak penambahbaikan yang saya lakukan untuk menjadikan ebook ini betul-betul mantap.
BONUS
Disamping itu juga saya ada menyediakan bonus untuk anda. Bagi anda yang masih lemah dalam penguasaan grammar, saya turut membukukan satu ebook Panduan Grammar Berbahasa Melayu. Dalam ebook ini saya akan menerangkan kepada anda hukum-hukum grammar Bahasa Inggeris dengan menggunakan perantara Bahasa Melayu agar anda dapat faham dengan mudah. Ya ebook ini anda boleh dapat secara percuma dengan pembelian ebook Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris.
Untuk maklumat lanjut tentang ebook ini sila layari: www.bahasainggeris.com
HARGA
Oh ya… harga pengenalan ebook ini adalah RM 30. Namun harga ini adalah untuk sementara waktu sahaja dan ia akan dinaikkan selepas mencapai unit tertentu. Oleh yang demikian jika anda betul-betul ingin menguasai bahasa Inggeris dan berminat untuk mendapatkannya pada harga RM 30, sila dapatkan sekarang! Layari:www.bahasainggeris.com