Tag Archives: hari raya

call off

Salam Aidilfitri di ucapkan kepada semua pembaca Blog Memperkasa Bahasa Inggeris.

Hari ini 20 September 2010 bersamaan 12 Syawal 1431 H. Bagaimana dengan sambutan Syawal kali ini? Saya harap kita semua dapat menyambutnya dengan riang dan gembira. Pada pagi 1 Syawal yang lalu saya menyambutnya dalam keadaan hujan renyai-renyai. Di kampung saya ada satu tradisi yang dinamakan ‘rombongan surau’.

Sesudah menunaikan solat aidilfitri, jemaah surau akan bertandang dari satu rumah ke satu rumah yang mengambil bahagian untuk berhari raya. Jadi, pada masa ini bolehlah merasa pelbagai jenis makanan dalam masa yang singkat. ;) Sambil itu kesempatan itu juga digunakan untuk berkenal-kenalan dengan rakan baru, bertemu semula rakan-rakan lama dan bermaaf-maafan.

Di bandar pula, amalan yang biasanya dilakukan pada musim raya  sejak akhir-akhir ini ialah rumah terbuka atau open house. Amalan ini juga tidak kurang bagusnya. Ia mampu mengumpulkan serta mempertemukan kenalan dan sanak saudara pada satu masa. Jadi sudah pasti banyak kenangan indah, lucu, yang tidak dapat dilupakan, menjadi bahan sembang bersama. :)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dan selamat menghadiri rumah terbuka.

==============

call off = membatalkan sesuatu / cancel something

My open house was called off because not enough people could attend.

Rumah terbuka saya dibatalkan kerana tidak ramai yang boleh hadir.

Selamat Hari Raya Idul Adha

aidiladha

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha kepada semua pembaca blog bahasainggeris.com. Semoga peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail menjadi pedoman kepada kita semua untuk berkorban hanya kerana Allah S.W.T.

Terima kasih juga kepad anda semua kerana terus menyokong saya. Semoga anda semua terus mendapat manfaat daripada blog yang tidak seberapa ini.

Salam Idul Adha!