Tag Archives: belanja

figure * up +

Gaji sudah masuk! Itulah yang membuatkan penjawat-penjawat awam tersenyum riang ketika ini. Gaji yang sepatutnya masuk pada 25 hb setiap bulan, masuk pada 8 hb, 17 hari lebih awal sempena Tahun Baharu Cina.

Ketika ini ramai yang sedang mengira bajet untuk bulan ini terutamanya kepada mereka yang ingin pulang ke kampung pada hujung minggu ini. Namun jangan dilupa perbelanjaan wajib untuk setiap seperti bayaran rumah, kereta dan lain-lain perlu diasingkan terlebih dahulu. Anda juga perlu ingat yang gaji seterusnya hanya akan masuk pada 25 hb Mac iaitu kira-kira 47 hari lagi selepas ini. Jadi pandai-pandailah berjimat ketika berbelanja ya. ;)

Phrasal Verbs

figure * up + – kira (calculate)

I need to figure my expenses up for this month.

(Saya perlu mengira perbelanjaan saya untuk bulan ini)