Tag Archives: belajar bahasa inggeris

MAYBE & PERHAPS

IMG_20141125_074524

SOALAN:

Assalamualaikum.. Selamat petang.. Sibuk ke ? Maaf ganggu.. Ermm, saya nak tanya, apa beza maybe dan perhaps..? Dan bila guna perkataan-perkataan itu..:)

JAWAPAN:

Waalaikumussalam & selamat sejahtera.

Maybe dan perhaps ialah adverbs yang mempunyai makna yang sama iaitu Mungkin. Kita gunakan kedua-dua perkataan ini apabila kita tidak pasti dengan sesuatu perkara. Perbezaannya

MAYBE: Kita hanya gunakan Maybe di hadapan atau di hujung sesuatu ayat.

PERHAPS: Manakala Perhaps boleh digunakan di hadapan, di tengah atau di hujung ayat:

1. A: Have you seen my glasses? I can’t find them anywhere.
(Adakah awak nampak cermin mata saya? Saya tak jumpa ia di mana-mana.)
B: Maybe you left them at work.
(Mungkin awak tinggalkan di tempat kerja.)
2. A: Do you think these shoes are too high?
(Awak rasa kasut ini terlalu tinggi tak?)
B: They are perhaps.
(Mungkin.) – boleh jadi. Saya tak pasti

3. As you perhaps remember, I worked as an engineer for three years in the company.

(Seperti yang awak mungkin ingat, saya bekerja sebagai jurutera selama tiga tahun di syarikat itu.)

BETULAs you perhaps remember

SALAH: As you maybe remember

Perhaps juga agak formal berbanding Maybe:

He was, perhaps, a too good player for the team.

(Dia mungkin pemain yang terlalu bagus untuk pasukan itu.)

Maybe I’ll finish work early tomorrow and go shopping with you.

(Mungkin saya akan siapkan kerja awal esok dan pergi shopping dengan awak.)

 

desert atau dessert

Cabaran Master Chef semakin sengit. Sempena Deepavali ini, kumpulan biru dan merah ditugaskan untuk menyediakan masakan orang India yang diketuai oleh Ah Hong dan Cikgu Ismail.  Pada permulaan rancangan, saya agak ragu-ragu dengan kemampuan kedua-dua kumpulan untuk menyediakan masakan kali ini. Ini kerana tidak ada seorang pun peserta yang tinggal berbangsa India. Jadi, mustahil bagi mereka untuk memasak masakan India.

Namun, telahan saya meleset sama sekali. Di akhir rancangan, rata-rata pelanggan yang merasa makanan yang dimasak oleh mereka berpuas hati dengan rasa makanan yang dihidangkan kepada mereka. Mungkin pada peserta Master Chef, senang je masak masakan tu. Tapi bagi saya yang tak tahu memasak ni, “hebatnya mereka ni.” ;)

Dalam cabaran kali ini, menu telah disediakan untuk kedua-dua kumpulan. Seperti biasa, selain menu utama, setiap pasukan perlu menyediakan pencuci mulut atau dessert.

Err… desert atau dessert?

Nampak seakan-akan sama tapi sebenarnya berbeza. Dessert yang bermaksud pencuci mulut mempunyai dua ‘s’. Bunyi sebutannya ialah dizet.

dessert – a sweet dish served at the end of a meal (pencuci mulut)

Contoh:

We had homemade ice cream for dessert.

Kami ada ais krim buatan sendiri sebagai pencuci mulut.

Berbeza pula dengan desert yang hanya mempunyai satu ‘s’. Ia boleh jadi kata nama (noun) atau kata kerja (verb). Bunyi sebutannya pula ialah dezzet.

desert –

1. sebagai kata nama a dry, sandy region or wasteland; (gurun)

Contoh:

Sahara Desert

Gurun Sahara

2. sebagai kata kerja ia membawa maksud “to abandon.” – meninggalkan

Contoh:

If disturbed too often, the adult birds will desert the fledglings.

Jika diganggu terlalu kerap, burung-burung tua akan meninggalkan burung-burung kecil itu.

clear up

Setelah 3 tahun laman blog ini beroperasi, saya mengambil keputusan untuk mengubah theme blog ini dengan wajah baru yang lebih sesuai dengan mood pembelajaran bahasa Inggeris. Diharapkan anda semua menyukainya. :)

Dengan perubahan ini juga, saya bercadang untuk menambah lagi kandungan blog ini dengan pelajaran-pelajaran baru seperti audio dan video perbualan bahasa Inggeris, dan banyak lagi. Jadi, teruskan mengikuti perkembangan blog ini agar anda tidak terlepas sebarang post terbaru.

Hujan

Musim tengkujuh sudah tiba. Setiap tahun apabila masuk sahaja bulan Oktober, hujan akan mula turun hampir setiap hari. Bagi negeri-negeri di sebelah Pantai Timur pula, waktu ini mereka perlu bersiap-siap untuk menghadapi kemungkinan banjir.

Namun kini, banjir sudah tidak mengira tempat. Di negeri-negeri yang tidak pernah mengalami banjir seperti Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan Selangor kini sudah dilanda fenomena ini.

Tempat anda bagaimana? Mudah-mudahan kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T daripada bencana ini. Yang merancang mengadakan majlis perkahwinan dan sebagainya, berdoalah agar segalanya berjalan lancar.

 
Phrasal verbs
 

# clear up – to become fine or bright (menjadi cerah semula)

The rain clouds have cleared up. We can continue our football match now.

Awan sudah cerah semula. Kita boleh sambung perlawanan bola sepak sekarang.

http://blogs.frenchpod101.com/blog/

CAN atau MAY (part 2)

Sambungan daripada perbincangan kita tentang CAN dan MAY. Hari ini saya ingin memberikan kuiz seterusnya kepada anda. Penggunaan perkataan manakah yang paling tepat pada ayat-ayat di bawah. CAN atau MAY? Berikan alasan anda. Selamat mencuba!

1. May you lift this heayy box?

Can you lift this heavy box?

 

2. He may work this sum.

He can work this sum.

 

3. I may swim across the river.

I can swim across the river.

at all cost

Pada hari raya kali ini, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Seorang wartawan yang sangat berdedikasi, Allahyarham Noramfaizul telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Kematian Allahyarham berlangsung ketika beliau cuba memainkan peranannya untuk membantu mangsa tragedi kemanusiaan Somalia. Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

 

Berbalik kepada cerita kita hari ini, saya ingin berkongsikan dengan anda satu idioms iaitu at all cost yang bermaksud dengan apa cara sekali pun.

- at all cost – dengan apa cara sekalipun / by any means

1. The journalist was determined at all costs to get a report from the war zone.

Wartawan itu berazam dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan laporan dari zon perang itu.

2. Ani told the doctor to preserve her mother’s sight at all costs.

Ani memberitahu doktor itu supaya menyelamatkan penglihatan ibunya walau dengan apa cara sekalipun.

3. I’m determined to get vacation time at any cost.

Saya bertekad untuk pergi bercuti walau dengan apa cara sekalipun.

 

My two cents

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan diucapkan kepada pembaca beragama Islam. Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan keampunan, bulan Al-Quran dan bulan beribadat kepada-Nya. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kita.

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,  saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian satu frasa dalam bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam perbualan mereka iaitu My Two Cents. Jika diterjemah bulat-bulat dalam bahasa Melayu ia membawa maksud ‘dua sen saya’. Akan tetapi maksud yang tersiratnya ialah my opinion atau pada pendapat saya. Frasa ini sering digunakan dalam perbualan orang-orang Amerika. Jika anda menonton filem-filem mereka, anda pasti pernah dengar frasa ini.

Contoh ayat:

My two cents is that you should sell that stock now.”

Pada pendapat saya awak perlu jual saham itu.”

“That’s just my two cents.”

“Itu pendapat saya saja.”

 

Anda nak cuba buat ayat? Sila taip di ruangan di bawah.

Terima kasih.

how come?

Seringkali kita dengar dalam perbualan bahasa Inggeris melalui drama TV atau movie pelakon-pelakonnya bertanyakan sesuatu perkara dengan menggunakan frasa ‘HOW COME’. Apakah maksudnya?

HOW COME membawa maksud WHY atau MENGAPA. Ia adalah singkatan kepada “HOW DID IT COME?’

Contoh ayat:

1. How come you’re not attending the conference?

Mengapa awak tak hadir ke persidangan itu?

2. How come Sue never has to wash the dishes?

Mengapa Sue tak pernah membasuh pinggan mangkuk?

3. How come you didn’t call me anymore?

Mengapa awak tidak menghubungi saya lagi?

 

Mengapa HOW COME dan bukan WHY?

HOW COME biasanya digunakan dalam situasi yang agak tegas dan agak marah. Biasanya orang yang bertanya tersebut sudah tahu jawapannya cuma sekadar untuk memberi penegasan.

Nak cuba buat soalan dengan frasa HOW COME? Sila taip dir uangan komen. Jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan facebook atau twitter anda melalui button share dibawah.

Sekian.