Tag Archives: 2010

commemorate

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kali ke berapakah Malaysia menyambut kemerdekaan? Sila jawab dalam kiraan 3. 1…2…3… Tahniah! 10 markah untuk anda. Ya, pada tahun 2010 Malaysia menyambut kemerdekaan kali yang ke-53. Sudahkah anda mengibarkan jalur gemilang? Kalau masih belum mari kita sama-sama mengenakan bendera masing-masing samada di rumah, kereta, motosikal, basikal dan sebagainya tanda rasa syukur di atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

Baru-baru ini saya menonton rancangan Majalah 3 di tv3. Kisah konvoi bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke Palestin. Menurut salah seorang daripada penduduknya yang ditemuramah oleh media Malaysia, setiap hari akan ada tembakan daripada tembok yang dibina oleh Israel. Ya, setiap hari. Mereka mempunyai senjata sniper yang boleh menembak tepat sasaran dari jarah jauh. Oh sungguh kejam sekali!

Kita di Malaysia beruntung kerana bebas dari perkara seumpama itu. Tiada lagi kekejaman Jepun. Tiada lagi ancaman Komunis. Tiada lagi perang dan sebagainya. Oleh itu, pada bulan Ramadhan yang mulia ini, mari kita sama-sama berzikir mengucapkan alhamdulillah atas kurniaan Allah  ini dan sama-samalah kita memelihara kemerdekaan yang diberikan kepada kita agar kita tidak dijajah lagi.

Hari Merdeka (Independence Day) is a national day of Malaysia commemorating the independence of the Federation of Malaya from British colonial rule, celebrated on August 31.

Hari Merdeka ialah hari kebangsaan Malaysia memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintah kolonial British, disambut pada 31 Ogos.

commemorate - memperingati/menyambut (seseorang/sesuatu)

sumber gambar: http://www.cpps.org.my/images/articles/merdeka.jpg

Tahun Baru 2010 & Azam Anda


Selamat Tahun Baru 2010. Apa azam tahun baru? Itulah persoalan biasa yang kedengaran menjelang setiap tahun baru. Ada yang ingin kuruskan badan, ada yang ingin dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, ada yang ingin nak dapatkan kerja, nak naik pangkat, dapat jodoh, jadi jutawan dan sebagainya.

Terdapat banyak tips dan cara untuk anda berjaya menggapai apa yang anda impikan. Antaranya anda perlu tahu dengan jelas apa yang anda inginkan dan anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Namun sebelum itu, saya ingin menekankan tentang peri pentingnya anda percaya 100% bahawa anda akan dapat mencapai apa yang anda inginkan tanpa ada rasa ragu-ragu walaupun sedikit. Ini kerana jika anda ada rasa ragu-ragu ia akan membantutkan anda mencapai impian anda. Mempunyai impian yang kuat tanpa sebarang rasa ragu akan membolehkan impian anda dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ini kerana, berapa pantas impian anda tercapai adalah bergantung kepada berapa tinggi rasa ragu-ragu anda terhadap impian anda.

Untuk menghilangkan rasa ragu-ragu ini anda perlulah sentiasa berfikiran positif, sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif, berkawan dengan orang-orang yang positif dan tidak sekali-kali membenarkan emosi negatif mengawal diri anda.

“Emosi positif dan negatif tidak dapat mengisi minda anda pada masa yang sama. Salah satu daripadanya mesti menguasai yang satu lagi. Adalah menjadi tanggungjawab anda memastikan emosi positif sentiasa mendominasi pengaruh minda anda.”

- Napoleon Hill.

Selamat menetapkan azam anda dan mencapainya pada tahun ini, 2010. :)