It’s atau Its

Dalam bahasa Inggeris, terdapat peraturan-peraturan tertentu dalam membina  ayat. Namun begitu, kadang-kadang peraturan-peraturan ini dikecualikan atas sebab-sebab tertentu. Ia sesuai untuk banyak keadaan tetapi tidak untuk sesuatu keadaan lain.

Dalam kehidupan kita, kita faham kalau lampu isyarat merah kena berhenti. Tapi, kalau ada ambulance kat belakang, kita wajib jalan walaupun lampu merah. Kalau polis nampak kena saman tak? Jawapannya tidak… Lebih kurang begitulah dengan  bahasa Inggeris.

Salah satu daripadanya ialah tentang bentuk pemilikan atau possessive form. Dalam bahasa Melayu kita hanya letakkan perkataan ‘punya’ atau ‘nya’.

Contohnya,

Aaron Aziz punya kereta.

Fareeda punya tudung.

Jika anda menulis ayat untuk menunjukkan pemilikan terhadap sesuatu dalam bahasa Inggeris, peraturannya, anda perlu tambahkan (‘s).

Contohnya,

Aaron Aziz‘s car.

Fareeda’s veil.

Namun begitu, peraturan ini DIKECUALIKAN  bilamana anda nak guna perkataan (It). Jika anda nak gunakan perkataan (It) untuk menunjukkan pemilikan terhadap sesuatu, anda hanya perlu tambahkan (s) sahaja tanpa perlu ada tanda (‘).

Contohnya,

A bird flew by its own wings.

Burung terbang dengan sayapnya sendiri.

Malaysia has its own unique culture.

Malaysia memiliki budayanya tersendiri yang unik.

Jika anda berkeras nak letak (‘s) juga, ia akan jadi (it’s) yang mana maksudnya adalah (it is).

A bird flew by it’s own wings.

Burung terbang dengan ia adalah sayapnya sendiri.

Malaysia has it’s own unique culture.

Malaysia memiliki ia adalah budayanya tersendiri yang unik.

Pelik bukan?

bird flies

24 Responses to It’s atau Its

  1. saphia says:

    it ok…now i understand
    tqvm

  2. chieyra says:

    thank you ^_^

  3. wana says:

    Its ok
    or
    It ok
    or
    it’s ok
    bertambah blur pulak.. :)

  4. zuhairah mohamad says:

    ok…
    tqvm sir…

  5. zirwatul hanan says:

    ouh..oke. . sy tggu topik yg strusnya

  6. jumalee says:

    slamm & selamatmlm. . .saya JUMALEE . .EN Hafiz Lidin,mcm mna nak mendapatkan buku (kuasai bahasa enggeris)bolah tak saya dapatkan NO HP EN . .?

  7. hafizlidin says:

    Salam,

    Terima kasih kerana berminat untuk mendapatkan ebook ini.

    Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini, sila lakukan 2 langkah mudah berikut:

    1. Buat bayaran RM 40 – Layari http://www.bahasainggeris.com/order.html
    2. Isi borang pengesahan bayaran – Layari http://www.bahasainggeris.com/order.html

    Satu email yang mengandungi link download ebook tersebut akan dihantar ke email anda
    dalam tempoh 48 jam selepas bayaran anda disahkan.

    PENTING: Ebook adalah buku elektronik dalam format PDF. Ia bukan seperti buku-buku
    biasa di kedai buku.

    Terima kasih.

  8. nuni says:

    OK…THANKS SIR…

  9. haniem saad says:

    TQ En.Hafiz.. :)

  10. myzeedah says:

    Terima kasih. Sangat berguna untuk saya.

  11. Henritta.A says:

    Thanks Mr. Hafiz….now i understand how to use. Thank you very much.

  12. Nur Hidayah Said says:

    Thanks Mr Hafiz

  13. Adila says:

    understood..thank you sir

  14. Nasir bin Mohamad says:

    its ok or it’s ok

  15. ben says:

    tq hafiz.

  16. MD Mabel Damina says:

    thank you so much.

  17. noor sham says:

    terima kasih, cikgu

  18. hafizlidin says:

    jwapannya it’s ok.
    kerana it’s ok adalah singkatan bagi it is ok

  19. Suhaida Adha says:

    dah paham… dulu saya selalu guna it’s.. ahahahaha ^_^ thanks ya…

  20. mawar says:

    tq sir..satu pelajaran yang bagus utk saya…

  21. r8 says:

    Alhamdulillah… Crystal clear!

  22. feona says:

    Thank You Sir.

  23. zuhairin says:

    oo..ok3…
    alhamdulillah dh clear sket..
    tq sgt2 cikgu hafiz.. :)

  24. samsuri says:

    TQ sir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>