Category Archives: Vocabulary

TELAN

Perkataan pilihan Melayu-Inggeris untuk hari ini;

TELANSWALLOW

1. She swallowed a mouthful slowly.

– Dia menelan satu suapan perlahan-lahan.

2. Chew the food 40 times before you swallow it.

– Kunyah makanan itu 40 kali sebelum awak menelannya.

3. It is hard for me to swallow the pills.

– Sukar bagi saya untuk menelan pil itu.

 

count

 

DSC_3491

Countmaksud yang kita sering faham adalah…. kira.

Count from one to ten.

Kira dari satu hingga sepuluh.

Count three before you snap our photo.

Kira sampai tiga sebelum awak ambil gambar kami.

Namun begitu, perhatikan ayat dalam gambar di atas.

We make every moment count!

Jika diterjemah maksudnya, Kami buat setiap saat itu kira.

Agak pelik bukan?

Sebenarnya, maksud lain bagi count ialah important yakni penting.

1. We make every moment count.

Kami buat setiap saat itu penting.

2. Each goal counts for Barcelona to qualify to the final game.

Setiap gol penting untuk Barcelona layak ke perlawanan akhir.

Mend, Repair ATAU Fix?

Baiki.

Dalam Bahasa Melayu.

Dalam Bahasa Inggeris, ada 3 perkataan yang boleh menggambarkan maksud baiki.

1. Mend

2. Repair

3. Fix

Kenapa sampai 3? Adakah maksudnya berbeza atau sama saja?

Cuba kita lihat satu persatu.

Mend: membaiki, baik pulih sesuatu yang rosakpecah, retak. Selalu digunakan apabila bercakap untuk membaiki barang-barang, bahan, pakaian dan hubungan.

Repair: Membaiki sesuatu yang rosak; memperbaharuimengubahsuai

Fix: Memperbaiki; meningkatkan atau menyesuaikan

Walaubagaimanapun, fix adalah perkataan yang paling biasa digunakan. Apabila kita ragu-ragu nak gunakan samada mend, repair atau fix, gunakan saja perkataan fix.

Mend jarang digunakan di Amerika. Ia lebih banyak digunakan di Britain.

Ayat untuk Mend:

1. My mom is going to mend my shirt. (Mak saya akan membaiki baju saya)

2. Farah and Farhan are trying to mend their relationship. (Farah dan Farhan sedang cuba untuk memulihkan hubungan mereka.)

3. Rohana is mending her broken heart. (Rohana sedang memulihkan hatinya yang hancur)

Ayat untuk Repair:

1. Alan got her computer repaired. The screen was broken. (Alan sudah membaiki komputernya. Screennya pecah.)

2. I am taking my car in for repairs. It doesn’t seem to be working right. (Saya nak bawa kereta saya untuk dibaiki. Macam dah nak rosak.)

3. We need to repair the leaking pipe in the basement. (Kita perlu baiki kebocoran paip di bahagian bawah tanah.)

Ayat untuk Fix:

1. He is trying to fix the broken lamp. (Dia sedang cuba membaiki lampu yang rosak itu.)

2. Grandpa fixed the broken window last night. (Datuk membaiki tingkap malam tadi.)

3. My mom fixed the hole in my sock. (Ibu saya membaiki lubang di stokin saya.)


lovely = beautiful

Baru-baru ini saya sekeluarga ke Cameron Highland. Ini kali kedua dalam tempoh 6 bulan saya ke sana. Kalau dulu honeymoon berdua kali ini pergi beramai-ramai bersama keluarga. Tapi, boleh dikira honeymoon kali kedua juga lah. ;) Kami menginap di homestay apartment dengan bayaran RM 250 untuk 1 malam. Dalam rumah tersebut ada 3 bilik tidur, 4 katil kelamin, 2 bilik air, dapur, peti ais, sofa, TV, 1 meja makan.
Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan kemudahan di apartment tersebut dengan bayaran yang sangat berpatutan.
Seperti biasa, jika ke Cameron Highland tidak sah jika tak pergi ke ladang teh dan kebun strawberi. Pemandangan di sana memang sangat indah. Sesiapa yang belum pernah pergi, yang dah lama tak pergi, yang selalu stres dengan kerja, silalah pergi melancong ke sana. Anda pasti pulang dengan rasa tenang.
*********************************
Vocab untuk hari ini ialah lovely yang bermaksud cantik. Ia adalah perkataan lain bagi beautiful. Jika anda selalu menggunakan perkataan beautiful, apa kata selepas ini anda gantikan dengan perkataan lovely. Baru ada kelainan dan nampak macam gempak sikit. Apa sahaja boleh. Lovely car, lovely shoes, lovely wife, lovely flower dan sebagainya.
lovely = cantik / perkataan lain untuk beautiful.

1. The Boh tea plantation is a lovely place to go for walks and have tea with fresh strawberries.

Ladang Teh Boh adalah tempat yang cantik untuk pergi berjalan-jalan dan minum teh dengan strawberi segar.

2. Lee Chong Wei finished up the game with his lovely smash and won the Korean Open title.

Lee Chong Wei menamatkan perlawanan itu dengan pukulan smash yang cantik dan memenangi gelaran Terbuka Korea.

Selain itu juga, love juga boleh digunakan untuk menerangkan seseorang yang istimewa kepada anda yang sangat cantik, jelita, kacak dan sempurna yang pernah anda jumpa seperti ibu bapa anda, isteri, suami dan sebagainya.
Anda nak cuba buat ayat menggunakan perkataan lovely? Sila taip dalam ruangan comment di bawah.
P/S: Pergi Cameron jangan lupa bawa balik strawberry. :)

COOL atau COLD

Rasanya semua orang tahu dua perkataan ini. COOL dan COLD. Ia membawa maksud sejuk. Namun, walaupun dalam bahasa Melayu maksudnya sama iaitu sejuk, penggunaannya dalam bahasa Inggeris agak berbeza.

 

 

 

 

 

 

COOL dan COLD kedua-duanya adalah kata sifat. Yang membezakannya hanya darjah kesejukannya sahaja. COLD adalah lebih sejuk berbanding COOL.

1. COOL – sejuk biasa-biasa je (tak panas sangat)

Contoh:
  • cool water (air sejuk)
  • cool weather (cuaca sejuk)
  • He loved the cool of the early morning. (Dia sukakan kesejukan di awal pagi)

2. COLD – sejuk / sangat sejuk (lawan kepada panas – khususnya apabila dibuat perbandingan suhu badan manusia yang tak panas)

  • a cold day/house (hari/rumah yang sangat sejuk)
  • cold food/water (makanan/air yang sangat sejuk)
  • cold hands (tangan yang sangat sejuk)
  • cold weather (cuaca yang sangat sejuk)
  • My feet are so cold. (Kaki saya sangat sejuk)
  • You’ll feel cold if you don’t wear a coat. (Kamu akan rasa sangat sejuk jika kamu tak pakai baju sejuk)

Sekarang, cuba anda buat ayat menggunakan kedua-dua perkataan ini. Selamat mencuba! ;)

desert atau dessert

Cabaran Master Chef semakin sengit. Sempena Deepavali ini, kumpulan biru dan merah ditugaskan untuk menyediakan masakan orang India yang diketuai oleh Ah Hong dan Cikgu Ismail.  Pada permulaan rancangan, saya agak ragu-ragu dengan kemampuan kedua-dua kumpulan untuk menyediakan masakan kali ini. Ini kerana tidak ada seorang pun peserta yang tinggal berbangsa India. Jadi, mustahil bagi mereka untuk memasak masakan India.

Namun, telahan saya meleset sama sekali. Di akhir rancangan, rata-rata pelanggan yang merasa makanan yang dimasak oleh mereka berpuas hati dengan rasa makanan yang dihidangkan kepada mereka. Mungkin pada peserta Master Chef, senang je masak masakan tu. Tapi bagi saya yang tak tahu memasak ni, “hebatnya mereka ni.” ;)

Dalam cabaran kali ini, menu telah disediakan untuk kedua-dua kumpulan. Seperti biasa, selain menu utama, setiap pasukan perlu menyediakan pencuci mulut atau dessert.

Err… desert atau dessert?

Nampak seakan-akan sama tapi sebenarnya berbeza. Dessert yang bermaksud pencuci mulut mempunyai dua ‘s’. Bunyi sebutannya ialah dizet.

dessert – a sweet dish served at the end of a meal (pencuci mulut)

Contoh:

We had homemade ice cream for dessert.

Kami ada ais krim buatan sendiri sebagai pencuci mulut.

Berbeza pula dengan desert yang hanya mempunyai satu ‘s’. Ia boleh jadi kata nama (noun) atau kata kerja (verb). Bunyi sebutannya pula ialah dezzet.

desert –

1. sebagai kata nama a dry, sandy region or wasteland; (gurun)

Contoh:

Sahara Desert

Gurun Sahara

2. sebagai kata kerja ia membawa maksud “to abandon.” – meninggalkan

Contoh:

If disturbed too often, the adult birds will desert the fledglings.

Jika diganggu terlalu kerap, burung-burung tua akan meninggalkan burung-burung kecil itu.

CAN atau MAY (part 3)

Dalam siri kedua perkataan CAN atau MAY sebelum ini, ketiga-tiga jawapan kepada soalan yang saya berikan adalah CAN. Persoalannya sekarang, bagaimana pula hendak menggunakan perkataan MAY? Baiklah hari ini saya tak nak buat kuiz sebaliknya terus memberikan jawapan kepada anda.

1. MAY digunakan untuk menunjukkan kemungkinan (possibility) sesuatu akan berlaku. Cuba lihat ayat di bawah;

a. It can rain tomorrow. (tidak betul)

It may rain tomorrow. (betul)

b. She can be at home. (tidak betul)

She may be at home. (betul)

 

2. MAY digunakan untuk mengucapkan sesuatu kata ucapan (wish).

a. May you live happily and long!

b. May success attend you!

 

Jika anda rasa post ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan twitter atau facebook anda. Klik pada butang ‘Share’ di bawah. Terima kasih.

edible

Hari ini mari kita bincang maksud perkataan edible. Pernahkah anda jumpa perkataan ini? Ia bermaksud sesuatu yang boleh dimakan. Sinonim bagi perkataan ini ialah comestible dan eatable. Jika anda perasan, bunga-bunga hiasan pada kek-kek hari jadi biasanya diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh dimakan.

Contoh ayat:

edible roots (akar yang boleh dimakan)

an edible mushroom (cendawan yang boleh dimakan)

edible flowers (bunga yang boleh dimakan)

Jika anda mahu cuba membina ayat menggunakan perkataan ini, sila lakukannya di bawah.

Sekian.

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

commemorate

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kali ke berapakah Malaysia menyambut kemerdekaan? Sila jawab dalam kiraan 3. 1…2…3… Tahniah! 10 markah untuk anda. Ya, pada tahun 2010 Malaysia menyambut kemerdekaan kali yang ke-53. Sudahkah anda mengibarkan jalur gemilang? Kalau masih belum mari kita sama-sama mengenakan bendera masing-masing samada di rumah, kereta, motosikal, basikal dan sebagainya tanda rasa syukur di atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

Baru-baru ini saya menonton rancangan Majalah 3 di tv3. Kisah konvoi bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke Palestin. Menurut salah seorang daripada penduduknya yang ditemuramah oleh media Malaysia, setiap hari akan ada tembakan daripada tembok yang dibina oleh Israel. Ya, setiap hari. Mereka mempunyai senjata sniper yang boleh menembak tepat sasaran dari jarah jauh. Oh sungguh kejam sekali!

Kita di Malaysia beruntung kerana bebas dari perkara seumpama itu. Tiada lagi kekejaman Jepun. Tiada lagi ancaman Komunis. Tiada lagi perang dan sebagainya. Oleh itu, pada bulan Ramadhan yang mulia ini, mari kita sama-sama berzikir mengucapkan alhamdulillah atas kurniaan Allah  ini dan sama-samalah kita memelihara kemerdekaan yang diberikan kepada kita agar kita tidak dijajah lagi.

Hari Merdeka (Independence Day) is a national day of Malaysia commemorating the independence of the Federation of Malaya from British colonial rule, celebrated on August 31.

Hari Merdeka ialah hari kebangsaan Malaysia memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintah kolonial British, disambut pada 31 Ogos.

commemorate - memperingati/menyambut (seseorang/sesuatu)

sumber gambar: http://www.cpps.org.my/images/articles/merdeka.jpg

make out

See, watchview, stareogle

Apakah persamaan di antara kata kerja di atas? Ya, persamaannya ialah semua kata kerja ini menggunakan deria mata. Namun fungsinya berbeza-beza. See bermaksud lihat, watch bermaksud tonton, view bermaksud pandang, stare bermaksud renung, ogle bermaksud jeling.

Terdapat satu lagi phrasal verbs dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud yang hampir sama iaitu make out.

Make out – melihat dengan sukar (to see with difficulty)

Contoh ayat –

I could just make out the ship on the horizon.

Saya boleh lihat kapal itu di kaki langit.

Can you make out anything in the distance?

Bolehkah kamu lihat sesuatu dari jauh?