Category Archives: Uncategorized

IS atau HAS

Perkataan she’s boleh jadi kependekan bagi she is atau she has.

Teka kata kerja apa yang digunakan dalam ayat di bawah, is atau has.

1. She’s never been to the US.

a) she’s = she is

b) she’s = she has

2. There’s someone at the door.

a) there’s = there is

b) there’s = there has

3. The dog is happy. It’s had its breakfast.

a) it’s = it is

b) it’s = it has

4. He’s not interested in the offer.

a) he’s = he is

b) he’s = he has

5. There’s a problem.

a) there’s = there is

b) there’s = there has

6. She’s from Mexico.

a) she’s = she is

b) she’s = she has

7. He’s gone to the market.

a) he’s = he is

b) he’s = he has

8. It’s a sad state of affairs.

a) it’s = it is

b) it’s = it has

9. There’s been an explosion near the temple.

a) there’s = there is

b) there’s = there has

10. She’s returned from her business tour.

a) she’s = she is

b) she’s = she has

 

Cuba betulkan kesalahan ayat di bawah

Ayat-ayat di bawah mempunyai kesalahan yang telah digariskan. Berdasarkan pengetahuan grammar andacuba betulkan kesalahan tersebut.

1. We have lived here since 10 years.

a) for 10 years

b) from10 years

c) during 10 years

2. He was accused with stealing the policeman’s helmet.

a) accused about

c) accused of

c) accused at

3. We have finished repairing the roof yesterday.

a) finished

b) had finished

c) were finishing

4. His father has died 10 years ago.

a) died

b) had died

c) will have died

5. You won’t get well unless you are taking your medicine.

a) you will take

b) you take

c) you took

6. He has been living in this house since five years.

a) for five years

b) in five years

c) from five years

7. We are learning English for the past seven years.

a) learn

b) have been learning

c) had been learning

8. When you finished your work yesterday?

a) When did you finish

b) When did you finished

c) When had you finished

9. He is ill for more than a week.

a) He has been ill

b) He has ill

c) He has being ill

10. Being a holiday, he went to see a film yesterday.

a) Yesterday being a holiday

b) Having been a holiday

c) Been a holiday

JAWAPAN ANDA…. (copy & paste kemudian masukkan jawapan anda)

1. We have lived here …………………….

2. He was …………………. stealing the policeman’s helmet.

3. We ……………….. repairing the roof yesterday.

4. His father ……………. 10 years ago.

5. You won’t get well unless …………………. your medicine.

6. He has been living in this house …………………..

7. We …………………. English for the past seven years.

8. …………………. your work yesterday?

9. He …………………. for more than a week.

10. …………………., he went to see a film.

Istilah popular PRU 13

ge13

http://www.sabahdaily.com/2013_03_01_archive.html

Tidak lama lagi kita akan menunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Kemeriahannya kian terasa dengan perang bendera dan poster, ceramah-ceramah politik di kawasan bandar mahupun di luar bandar.

Anda dah ada calon dan parti pilihan anda? Jika belum pasti untuk memangkah calon dan parti yang mana, buatlah solat istikharah. Minta kepada Allah supaya ditunjukkan siapakah yang calon/parti yang boleh memerintah negara kita dengan baik. Sesuai dengan mood pilihanraya, hari ini saya ingin kongsikan beberapa istilah popular yang selalu digunakan dalam pilihanraya dalam bahasa Inggeris.

  1. Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) – 13th General Election (GE13)
  2. Undi – Vote
  3. Pengundi – Voter
  4. Hari mengundi – Polling day
  5. Membuang undi/mengundi – Cast vote
  6. Tempat mengundi – Polling station
  7. Peti undi – Ballot box
  8. Undi rosak – Spoiled ballot
  9. Pengundi hantu – Phantom voters
  10. Calon bebas – Independent candidate
  11. Penyokong BN – BN supporters
  12. Penyokong Pakatan – Coalition supporters
  13. Jentera kempen – Campaign machinery
  14. Perdana Menteri sementara – Caretaker Prime Minister (DS Najib Razak)
  15. Ketua Pembangkang – Opposition Leader (DS Anwar Ibrahim)
  16. Shah Alam parliamentary constituency – Kawasan parlimen Shah Alam
  17. Kerusi Parlimen – Parliamentary Seats
  18. Kerusi DUN – State seats
  19. Suruhanjaya Pilhanraya Malaysia – Election Commission of Malaysia
  20. Kerajaan Persekutuan – Federal Government
  21. Kerajaan Negeri – State Government
  22. Pengerusi BN – BN Chairperson
  23. Majoriti mudah – simple majority

P/S: Mohon kerjasama para pembaca untuk tidak berkempen di ruangan comment ye. Terima kasih ;)

My two cents

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan diucapkan kepada pembaca beragama Islam. Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan keampunan, bulan Al-Quran dan bulan beribadat kepada-Nya. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kita.

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,  saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian satu frasa dalam bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam perbualan mereka iaitu My Two Cents. Jika diterjemah bulat-bulat dalam bahasa Melayu ia membawa maksud ‘dua sen saya’. Akan tetapi maksud yang tersiratnya ialah my opinion atau pada pendapat saya. Frasa ini sering digunakan dalam perbualan orang-orang Amerika. Jika anda menonton filem-filem mereka, anda pasti pernah dengar frasa ini.

Contoh ayat:

My two cents is that you should sell that stock now.”

Pada pendapat saya awak perlu jual saham itu.”

“That’s just my two cents.”

“Itu pendapat saya saja.”

 

Anda nak cuba buat ayat? Sila taip di ruangan di bawah.

Terima kasih.

Pelajar Cemerlang GAGAL selepas SPM?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bersempena dengan keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini, hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kita Lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

TUJUH belas pelajar terbaik seluruh sekolah Terengganu gembira memperoleh gred cemerlang bagi semua mata pelajaran selepas pengumuman keputusan SPM di SMK Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu. – sumber: bharian.com.my


Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi tanda tanya kepada adik-adik sekalian. Ok, di sini saya akan menyenaraikan 20 aspek mengapa kebanyakan bakal belia dan beliawanis lepasan SPM kita sering GAGAL.
1) Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.

2) Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.

3) Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.

4) Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.

5) Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.

6) Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.

7) Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.

8 ) Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.

9) Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.

10) Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.

11) Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.

12) Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.

13) Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.

14) Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.

15) Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.

16) Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

17) Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.

18) Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.

19) Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.

20) Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.

 

 

Itu adalah antara beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM. Insyallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!
Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini? Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com

grow up

Minggu ini bermulalah cuti sekolah. Orang yang paling gembira ketika ini sudah tentulah kanak-kanak sekolah terutamanya sekolah rendah. Lihat sahaja wajah mereka selama dua minggu ini, sudah pasti nampak riak-riak ceria di wajah mereka. Kawasan sekolah menjadi lengang tak berpenghuni. Keriuhan berpindah ke kawasan perumahan dengan suara kanak-kanak.

Teringat saya ketika zaman kanak-kanak dahulu. Saya membesar pada zaman 90-an. Ketika itu tiada playstation, Xbox, PSP dan sebagainya. Video games pula pada ketika itu masih baru dan hanya boleh di dapati di rumah kawan-kawan tertentu. Apa yang boleh kami main ketika itu hanyalah basikal, main aci kejar, aci nyorok, galah panjang, guli, gasing, main tutup botol, tepuk-tepuk daun terup, bola tepuk… oh! terlalu banyak untuk disenaraikan.  Astro juga tiada lagi. Yang ada hanya TV1, TV2 & TV3. Walaupun begitu kehidupan zaman itu sangat menyeronokkan. Jika anda pernah melalui pengalaman yang sama dengan saya, bolehlah cerita pada anak-anak kita nanti. :)

Phrasal verbs

Grow up - menghabiskan zaman kanak-kanak / membesar / jadi dewasa. (spend one’s childhood; develop; become an adult)

I grew up in the 90’s.

(Saya membesar pada zaman 90-an.)

Inilah gambar tutup/tudung botol yang saya selalu kutip depan kedai runcit di kampung saya. ;)

sumber gambar: http://www.facebook.com/pages/ADA-SESIAPA-YANG-ZAMAN-KANAK-KANAKNYA-DI-TAHUN-80an-AWAL-90an/118058778205796