Category Archives: Umum

My Twin

First and second twin

IMG_20150105_174859

Second twin

IMG_20150105_163540

First twin

My first baby

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat.

Alhamdulillah , tepat jam 3.08 pagi semalam (15.03.13) isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami, seorang bayi perempuan, secara normal dengan berat 3.25 kg. Terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan. Tak lupa juga kepada nurse-nurse di Hospital Seri Manjung kerana menyambut kelahiran anak kami.

Kelahiran ini merupakan berita gembira buat Atok dan Opah di Teluk Intan kerana menyambut kelahiran cucu ke-15. Selain itu, kegembiraan ini turut dirasai oleh Tok Ayah dan Tok Mak di Sitiawan yang menyambut cucu ke-2 (cucu pertama lelaki).

Doakan anak kami membesar dan sihat dan menjadi anak yang solehah, yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

P/S – NAMA  : Nur Rania Azzahara binti Abdul Hafiz ;)

1 day

2 days

3 days

4 days

 

Funny Video

[Ulasan] Rahsia Lulus MUET

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Ada berita baik buat anda yang baru nak ambil peperiksaan MUET, yang GAGAL dan nak ambil semula, yang TAK PERNAH LULUS, yang nak memperbaiki band yang diperoleh dalam peperiksaan MUET yang lalu. Rakan saya Saudara Shamsul Ariffin telah menerbitkan sebuah panduan untuk lulus dalam peperiksaan MUET.

Jadi, hari ini saya ingin memberikan sedikit review ringkas berkenaan panduan ini.

  1. Secara keseluruhannya, ebook panduan “Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET” ini adalah pembongkaran bagaimana calon boleh memperolehi BAND tertinggi dalam peperiksaan MUET.
  2. Pembaca akan dibimbing secara langkah-demi-langkah, A to Z semuanya bagaimana strategi untuk lulus dan dalam masa yang sama calon mendapat BAND tertingi dalam ujian itu nanti
  3. Bermula daripada apakah sebenarnya ujian MUET itu, penyediaan Peta Minda, pembongkaran 4 jenis kertas ujian MUET, jadual format baru dan lama, jadual analisa ujian MUET hinggalah kepada contoh soalan yang bakal dikemukakan.
  4. Ebook panduan ini di bahagikan kepada 4 bab besar dan dipecahkan lagi kepada subtopik – subtopik kecil yang bermanfaat untuk pembaca.
  5. Rangka Ebook panduan ini di susun kemas. Ia merupakan pakej panduan lengkap yang bakal membantu calon untuk memperolehi Band tertinggi dalam ujian MUET.
  6. Pembeli bukan sahaja menerima Ebook Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET, tetapi juga menerima tawaran TERHAD bonus–bonus tambahan yang terdiri daripada;
  • Koleksi Kertas Soalan Listening
  • Koleksi Kertas Soalan Speaking
  • Koleksi Kertas Soalan Reading
  • Koleksi Kertas Soalan Writing
  • Basic English Grammar
  • Check Your Vocabulary for Academic English
  • 3 Video MUET Speaking Test
  • 21 Audios CD Listening practice
  • Case Study Listening Gerila Approach
  • Case Study Speaking Gerila Approach
  • Case Study Reading Gerila Approach
  • Case Study Writing Gerila Approach

Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat setiap hari (google searching 45,000 di Malaysia), calon-calon peperiksaan MUET perlu memilikinya sebagai panduan untuk mendapatkan BAND tertinggi dalam ujian MUET mereka.

Jika anda berminat untuk mendapatkan panduan ini, sila layari;

http://www.rahsialulusmuet.com/hop.php?ref=hafizlidin

 

CAN atau MAY (part 3)

Dalam siri kedua perkataan CAN atau MAY sebelum ini, ketiga-tiga jawapan kepada soalan yang saya berikan adalah CAN. Persoalannya sekarang, bagaimana pula hendak menggunakan perkataan MAY? Baiklah hari ini saya tak nak buat kuiz sebaliknya terus memberikan jawapan kepada anda.

1. MAY digunakan untuk menunjukkan kemungkinan (possibility) sesuatu akan berlaku. Cuba lihat ayat di bawah;

a. It can rain tomorrow. (tidak betul)

It may rain tomorrow. (betul)

b. She can be at home. (tidak betul)

She may be at home. (betul)

 

2. MAY digunakan untuk mengucapkan sesuatu kata ucapan (wish).

a. May you live happily and long!

b. May success attend you!

 

Jika anda rasa post ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan twitter atau facebook anda. Klik pada butang ‘Share’ di bawah. Terima kasih.

Penguasaan Inggeris pekerja M’sia di tangga ke-3

Tahap penguasaan bahasa Inggeris tenaga kerja Malaysia tidak setanding negara jiran apabila hanya menduduki tempat ketiga daripada lima negara dalam ujian English Language Assessment (Penilaian Bahasa Inggeris)(ELA).

ELA yang dijalankan laman web pekerjaan JobStreet.com mendapati tenaga kerja Singapura menduduki tempat pertama dalam semua kategori pekerja dan pekerja di Filipina menduduki tangga kedua.

Thailand dan Indonesia pula masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima, kata JobStreet.com dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Untuk berita lanjut layari;

http://www.malaysiakini.com/news/166260

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, layari;

http://bahasainggeris.com

 

Terima kasih.

Happy Teachers’ Day

Hari ini 16 Mei 2001 merupakan hari guru. Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru, Happy Teachers’ Day kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia. Jadilah guru yang berdedikasi.

Tahukah anda seluruh dunia meraikan Hari Guru. Namun, tarikh sambutannya berlainan antara satu sama lain. Sebagai contoh negara Brunei menyambut hari guru pada 23 September, Indonesia – 25 November, Singapura – 1 September, Sepanyol – 29 Januari, Arab Saudi – 28 Februari dan Amerika Syarikat menyambutnya pada hari Selasa minggu pertama dalam bulan Mei. Untuk maklumat lanjut, layari http://en.wikipedia.org/wiki/Teachers’_Day

Namun, biar apa pun tarikhnya, jasa guru perlu kita hargai. Tanpa mereka siapalah kita.

Akhir kata, Selamat Hari Guru. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

call off

Salam Aidilfitri di ucapkan kepada semua pembaca Blog Memperkasa Bahasa Inggeris.

Hari ini 20 September 2010 bersamaan 12 Syawal 1431 H. Bagaimana dengan sambutan Syawal kali ini? Saya harap kita semua dapat menyambutnya dengan riang dan gembira. Pada pagi 1 Syawal yang lalu saya menyambutnya dalam keadaan hujan renyai-renyai. Di kampung saya ada satu tradisi yang dinamakan ‘rombongan surau’.

Sesudah menunaikan solat aidilfitri, jemaah surau akan bertandang dari satu rumah ke satu rumah yang mengambil bahagian untuk berhari raya. Jadi, pada masa ini bolehlah merasa pelbagai jenis makanan dalam masa yang singkat. ;) Sambil itu kesempatan itu juga digunakan untuk berkenal-kenalan dengan rakan baru, bertemu semula rakan-rakan lama dan bermaaf-maafan.

Di bandar pula, amalan yang biasanya dilakukan pada musim raya  sejak akhir-akhir ini ialah rumah terbuka atau open house. Amalan ini juga tidak kurang bagusnya. Ia mampu mengumpulkan serta mempertemukan kenalan dan sanak saudara pada satu masa. Jadi sudah pasti banyak kenangan indah, lucu, yang tidak dapat dilupakan, menjadi bahan sembang bersama. :)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dan selamat menghadiri rumah terbuka.

==============

call off = membatalkan sesuatu / cancel something

My open house was called off because not enough people could attend.

Rumah terbuka saya dibatalkan kerana tidak ramai yang boleh hadir.

Have to ATAU Must?

Bilakah masa & keadaan yang sesuai untuk kita gunakan have dan must to? Ini kerana maksud kedua-duanya kelihatan sama.

Have to

Gunakan have to untuk  tanggungjawab atau kegiatan harian.

have to catch a train for work every morning.

Saya kena dapatkan keretapi setiap pagi untuk ke tempat kerja .

Must

Gunakan must untuk pernyataan yang tegas semasa bercakap.

Contoh:

I must get going. It’s late!

Saya mesti pergi. Sudah lewat!




Surat Panggilan Exam Gred 41 sudah keluar!

Salam hormat,

Menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam merupakan kerjaya idaman setiap mahasiswa mahupun yang sudah berkerjaya. Ini adalah disebabkan pelbagai keistimewaan yang ditawarkan kepada mereka yang layak. Jika anda sudah mendaftarkan diri untuk menghadiri peperiksaan memasuki perkhidmatan awam, tahukah anda bahawa jadual peperiksaan memasuki perkhidmatan awam telah dikeluarkan?

“Oh yeke… tapi saya masih belum bersedia. Masih banyak lagi perkara yang saya tidak tahu.”

Jangan bimbang kawan. Jika anda masih belum bersedia, saya cadangkan anda mendapatkan panduan yang diterbitkan oleh kawan saya, saudara Muaz Hadi. Saya telah membaca panduan ini. Secara peribadi saya berasakan ia sebuah panduan yang amat menarik dan pasti membantu anda menduduki peperiksaan nanti. Ia sebuah panduan yang menjimatkan masa dan usaha anda.

Antara komponen yang ada dalam Pakej tersebut ialah;

===============================

Komponen 1: Diskripsi Prima

===============================

- Ianya adalah ebook utama 64 mukasurat.

- Menerangkan secara terperinci setiap seksyen yang bakal ditanya.

- Merangkumi analisis setiap seksyen hasil kajian kepada kertas-kertas peperiksaan yang lepas.

- Mengandungi lebih 90 contoh soalan keseluruhannya merangkumi setiap seksyen.

- Setiap seksyen dibahagikan kepada beberapa pecahan dengan huraian melebihi apa yang dikeluarkan untuk sebaran umum pihak SPA sendiri. Jadi ianya lebih komprehensif!

- Mengandungi strategi bagaimana nak buat persediaan dan link-link rujukan utama turut disediakan.

====================================

Komponen 2: Soal Jawab Inkuiri PTD

====================================

- Mengandungi soalan-soalan lazim yang ditanya oleh calon PTD.

- Himpunan soalan-soalan dan jawapan yang tepat untuk setiap soalan.

- Ianya adalah soalan yang pernah ditanya oleh ‘senior’ anda yang membaca blog tipsptd sebelum ini.

- Kebanyakan soalan yang ditanya adalah bertindih dan mereka simpulkan semuanya untuk anda, jadi anda tak perlu bertanya lagi dan meraba-raba mencari jawapan kepada soalan anda kerana semuanya pernah ditanya dahulu!

============================================

Komponen 3, 4, 5, 6:

Nota Esei (Isu Alam Sekitar, Isu Nasional, Isu Kesihatan, Isu Ekonomi)

============================================

- Mengandungi pelbagai maklumat isu semasa yang dirangkum dalam 4 blok utama seperi yang disebut di atas.

- Anda tak perlu pening kepala lagi nak cari semua maklumat dengan menyelak akhbar, membaca majalah dan lain-lain.

- Semuanya telah dikumpulkan untuk memudahkan persediaan anda dan bayangkan berapa banyak masa yang boleh anda jimat.

- NKRA, H1N1, KPI dan lain-lain, anda tahu semua ini? Ianya disusunkan untuk anda dalam susunan yang ringkas dan kemas!

dan banyak lagi.. Anda boleh lihat kandungan keseluruhan Pakej Rujukan tersebut di;

http://www.tipsptd.com/index.php?ref=hafizlidin

Yang paling menarik ialah,formatnya sudah diselaraskan dengan ‘Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam 2010′ yang merangkumi 13 jawatan Perkhidmatan Awam.

Sekali lagi saya berikan link kepada Pakej Rujukan tersebut;

http://www.tipsptd.com/index.php?ref=hafizlidin