Category Archives: Phrasal Verbs

keep away

Perbualan bahasa Inggeris berbeza dengan penulisan. Dalam perbualan bahasa Inggeris, banyak phrasal verbs digunakan. Ia adalah gabungan dua perkataan yang membentuk satu maksud yang lain.

Jika kita nak cakap “jauhkan dari sesuatu”, “cegah dari sesuatu” dalam bahasa Inggeris, kita boleh gunakan phrasal verbs KEEP AWAY.

Keep awayjauhkan, mencegah akses kepada sesuatumenahanberhenti menggunakan (prevent access to, hold back, to stop using)

Contoh ayat;

Keep the kids away from the cookies.

Jauhkan budak daripada biskut itu.

rania kuih kecik

 

Cuba anda buat ayat dengan menggunakan phrasal verbs KEEP AWAY pula.

get through

Hari ini hari terakhir dalam tahun 2012. Bermula jam 12 malam ini kita akan menyambut tahun baru. Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru, Happy New Year 2013. Buat azam baru dan take action.

Tahun baru, azam pun mesti baru. Kerja-kerja yang belum siap, sebaik-baiknya siapkan sebelum masuknya tahun baru. Agar kita masuk ke tahun baru dengan rasa tenang… ;)

 

 

 

 

 

Phrasal verbs yang ingin saya kongsikan hari ini ialah get through. Ada banyak keadaan kita boleh gunakan phrasal verb ini. Namun, kali ini saya kongsikan dengan anda 2 keadaan yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris.

GET THROUGH

1. berjaya menyiapkan (finish)

1. I finally got through this homework assignment.

Saya akhirnya berjaya menyiapkan kerja ini.

2. berjaya menghubungi (contact)

I tried calling her mobile phone, but I couldn’t get through

Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, tapi tak berjaya (menghubunginya).

clear up

Setelah 3 tahun laman blog ini beroperasi, saya mengambil keputusan untuk mengubah theme blog ini dengan wajah baru yang lebih sesuai dengan mood pembelajaran bahasa Inggeris. Diharapkan anda semua menyukainya. :)

Dengan perubahan ini juga, saya bercadang untuk menambah lagi kandungan blog ini dengan pelajaran-pelajaran baru seperti audio dan video perbualan bahasa Inggeris, dan banyak lagi. Jadi, teruskan mengikuti perkembangan blog ini agar anda tidak terlepas sebarang post terbaru.

Hujan

Musim tengkujuh sudah tiba. Setiap tahun apabila masuk sahaja bulan Oktober, hujan akan mula turun hampir setiap hari. Bagi negeri-negeri di sebelah Pantai Timur pula, waktu ini mereka perlu bersiap-siap untuk menghadapi kemungkinan banjir.

Namun kini, banjir sudah tidak mengira tempat. Di negeri-negeri yang tidak pernah mengalami banjir seperti Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan Selangor kini sudah dilanda fenomena ini.

Tempat anda bagaimana? Mudah-mudahan kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T daripada bencana ini. Yang merancang mengadakan majlis perkahwinan dan sebagainya, berdoalah agar segalanya berjalan lancar.

 
Phrasal verbs
 

# clear up – to become fine or bright (menjadi cerah semula)

The rain clouds have cleared up. We can continue our football match now.

Awan sudah cerah semula. Kita boleh sambung perlawanan bola sepak sekarang.

http://blogs.frenchpod101.com/blog/

run into

Salam,

Sudah agak lama saya tidak berkongsi tips bahasa inggeris dengan anda. Ini kerana saya agak sibuk dengan persiapan perkahwinan. Alhamdulillah pada 27 April yang lalu, saya sah menjadi suami kepada isteri saya Norsharina Lidya binti Piai. Doakan kebahagiaan untuk kami kekal sehingga akhir hayat dan berterusan hingga ke syurga.

Sedikit maklumat tentang kami untuk perkongsian. Saya dan isteri mengajar di satu sekolah yang sama dan dipertemukan di sekolah berkenaan. Secara kebetulan, ibu dan bapa kami berasal dari kampung yang sama namun kami sekali pun kami tidak pernah bertemu. Ibu saya dan bapanya adalah rakan sepermainan sewaktu kecil. Bapa saya pula adalah guru kepada bapanya semasa di sekolah rendah dan sudah puluhan tahun tidak bertemu. Kita merancang, Allah merancang dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Setelah 6 bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya kami disatukan.

Ketika majlis kenduri kami tempoh hari, ramailah sanak saudara yang hadir. Oleh kerana kami berasal dari kampung yang sama, jadi majlis kami jadi tempat mempertemukan sahabat taulan, rakan, kenalan serta saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa. Ada yang hampir 30 tahun tidak berjumpa akhirnya berjumpa semula di majlis kami! Alhamdulillah…

Phrasal verbs

run into + = terserempak

meet unexpectedly

1. He ran into his old friend at my wedding.

Dia terserempak dengan rakan lamanya di majlis perkahwinan kami.

2. I ran into my English teacher at the movies last night. She’s so nice!

Saya terserempak dengan guru Bahasa Inggeris saya di pawagam semalam. Dia sungguh cantik.

pulled away

Sukan permotoran menjadi fenomena baru di Malaysia sejak pembinaan litar F1 sepang. Bagi peminat Moto GP pastinya anda masih ingat insiden kemalangan membabitkan pelumba Marco Simoncelli yang terbunuh dalam kemalangan di GP Malaysia tahun lalu. Marco yang berumur 24 tahun ketika itu terbabas lalu dilanggar oleh dua pelumba lain.

Bagi peminat F1 pula, debaran perlumbaan kian terasa. Perlumbaan di Litar Sepang dijadual akan bermula pada 23, 24, 25 Mac 2012. Jadi, sesiapa yang berminat boleh lah mendapatkan tiket sebelum ia habis dijual.

http://paddocktalk.com/news/html/story-52869.html

Phrasal verbs

pulled awayto move ahead / maju ke hadapan

The Ferrari driver pulled away and took the lead in the race.

Pemandu Ferrari itu maju ke hadapan untuk mendahului perlumbaan itu.

juice up

Telefon bimbit dengan kita sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Menurut tinjauan yang dilakukan ke atas sekumpulan remaja, telefon bimbit adalah aksesori wajib yang perlu dibawa ke mana-mana sahaja selain beg dompet. Kata mereka ‘hidup ini tidak sempurna tanpa hand phone.’ Kebiasaannya, apabila bateri telefon kita hampir habis atau ‘kong’ kelam kabutlah kita mencari charger untuk mengecas telefon.

Dalam bahasa Inggeris, ada satu frasa yang boleh anda gunakan jika ingin menyatakan yang anda ingin mengecas telefon anda iaitu juice up.

juice up – mengecas (to charge, to charge up)


Contoh ayat:

I need to juice up my phone because the battery’s dead.

Saya perlu mengecas telefon saya kerana baterinya hampir habis.

 

sekian. Bateri telefon anda dah tinggal berapa bar? ;)

get around

“Lagi best! Wo oo oo… Lagi best! Wo oo oo…”

Lagu ini sering berkumandang di stesen radio dan televisyen ketika ini. Dalam post saya sebelum ini saya ada menyebut tentang Myvi terbaru yang bakal dikeluarkan oleh Perodua. Namun, rekabentuk Myvi baru seperti yang dijangkakan sebelum ini nyata berbeza. Buat kata iklannya, “Lagi best” rupanya.

Kereta menjadi alat penghubung yang sangat penting sekarang. Ia digunakan untuk ke tempat belajar, ke tempat kerja, pergi melancong, balik kampung dan sebagainya. Pendek kata, kereta boleh digunakan untuk pergi ke banyak tempat. Isi minyak, start enjin, masuk gear dan tekan padel. Maka meluncurlah kereta anda mengikut haluan yang anda inginkan.

===

get around – pergi ke banyak tempat (go many places)


It’s easy to get around town with public transportation.

Senang untuk pergi ke banyak tempat dengan pengangkutan awam.

It is hard to get around without a car.

Susah untuk pergi ke banyak tempat tanpa kereta.

 

Cuba buat ayat dengan frasa get around.

how come?

Seringkali kita dengar dalam perbualan bahasa Inggeris melalui drama TV atau movie pelakon-pelakonnya bertanyakan sesuatu perkara dengan menggunakan frasa ‘HOW COME’. Apakah maksudnya?

HOW COME membawa maksud WHY atau MENGAPA. Ia adalah singkatan kepada “HOW DID IT COME?’

Contoh ayat:

1. How come you’re not attending the conference?

Mengapa awak tak hadir ke persidangan itu?

2. How come Sue never has to wash the dishes?

Mengapa Sue tak pernah membasuh pinggan mangkuk?

3. How come you didn’t call me anymore?

Mengapa awak tidak menghubungi saya lagi?

 

Mengapa HOW COME dan bukan WHY?

HOW COME biasanya digunakan dalam situasi yang agak tegas dan agak marah. Biasanya orang yang bertanya tersebut sudah tahu jawapannya cuma sekadar untuk memberi penegasan.

Nak cuba buat soalan dengan frasa HOW COME? Sila taip dir uangan komen. Jangan lupa untuk share kepada rakan-rakan facebook atau twitter anda melalui button share dibawah.

Sekian.

look forward to

  • Bagaimanakah perasaan anda apabila cuti sekolah bakal tiba tidak lama lagi?
  • Bagaimanakah perasaan anda apabila anda akan menghadiri majlis konvokesyen pada minggu hadapan?
  • Bagaimanakah perasaan anda apabila anda akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan?
  • Bagaimanakah perasaan anda apabila anda atau isteri anda akan melahirkan anak beberapa hari sahaja lagi?
  • Bagaimanakah perasaan anda apabila anda bakal bertemu dengan ibu bapa serta sanak saudara anda di kampung pada hari raya nanti?

Sudah pasti anda tidak sabar-sabar lagi menanti peristiwa-peristiwa begini bukan? Baiklah, mari kita buat ayat ‘tidak sabar’ dalam bahasa Inggeris. Anda boleh gunakan phrasal verbs LOOK FORWARD TO yang membawa maksud menanti sesuatu yang menggembirakan. Lihat contoh.

  • Every year I look forward to the holidays.
  • We’re looking forward to celebrating our achievements at the next convocation.
  • I’m looking forward to my wedding day.
  • I’m looking forward to having a baby.
  • I’m looking forward to meeting you.

Harus diingat, phrasal verbs ‘look forward to‘ adalah salah satu bentuk verb / kata kerja yang perlu disusuli dengan noun / kata nama (meeting) dan bukannya verb / kata kerja (meet).

Selamat mencuba!

get rid of

“Jerawat? Oh tidakkk!”

Masalah jerawat adalah masalah ‘besar’ yang dialami oleh remaja yang sedang meningkat dewasa. Mereka akan berhabis duit mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan jerawat. Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana cara untuk menghilangkan jerawat. Caranya ialah:

1.  Gunakan barangan mekap yang bebas minyak.

2. Tidak menggunakan sabun dan pencuci muka yang kasar.

3. Mandi selalu dan cuci muka anda dengan betul.

4. Jangan memicit-micit jerawat anda.

 

Selamat mencuba! ;)

===============

get rid of - buang, hapus, mengeluarkan, (dispose, eliminate, take out)

Avoid harsh soaps and facial scrubs if you want to get rid of acne faster.

Elakkan sabun yang kasar dan pencuci muka jika anda mahu menghapuskan jerawat dengan cepat.

TQs

sumber gambar: http://goo.gl/kJYrg