Category Archives: Kesilapan

Betulkan kesalahan ayat

Hari ini tiada phrasal verbs. Cuma saya ingin mengajak pembaca sekalian membetulkan kesalahan ayat di bawah. Esok lusa saya akan berikan jawapan yang betul.

1. Table made of a wood.

2. He drinks lot milk one day.

3. There isn’t some water in jug.

Ok, cukup 3 ayat dulu. Selamat mencuba. ;)

sumber gambar: http://www.globaltotaloffice.com/cgi-bin/ggi_08/ggi.pl?fid=1212072451.035&query=pagenum%3D1%26cgifunction%3DSearch&cgifunction=form


Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Kenapa ‘savings’?

Salam Ramadhan,

Baru-baru ini saya ke bank CIMB untuk menutup akaun simpanan CIMB lama saya. Akaun ini merupakan akaun pertama yang saya miliki sejak kecil. Dahulu ia dikenali dengan nama Bank Bumiputera, Bumiputra-Commerce dan kini CIMB. Akaun ini telah banyak berjasa menyimpan duit-duit raya saya sewaktu kecil sehinggalah saya menggunakannya untuk menerima pinjaman PTPTN. ;)

Namun, atas kesedaran tentang kewajipan menggunakan perbankan Islam, saya telah membuka akaun CIMB Islamic dan menutup akaun ini. Bye-bye CIMB and welcome CIMB Islamic :)

Cuba baca perkataan yang tertera di atas buku akaun saya ini. Ya, Savings Account. Pernahkah anda terfikir mengapa savings dan bukannya saving (tanpa ‘s’)?

Hari ini saya kongsi dengan anda perbezaan kedua-dua perkataan ini.

Saving bermaksud PROSES penyimpanan wang, harta, kekayaan dan sebagainya.

I’m saving enough money for a trip.

(Saya sedang menyimpan wang yang secukupnya untuk pergi berjalan-jalan.)

Dalam erti kata lain, saya dalam proses menyimpan wang untuk pergi berjalan-jalan.

Savings pula bermaksud simpanan yang dimiliki atau wang terkumpul yang anda telah simpan.

This is my passbook savings account.

(Inilah buku akaun simpanan saya.)

Yes No

Group of people holding sign with NO only one person stand out of crowd holding a yes sign 3d illustration photo
Yes, No. Dua perkataan bahasa Inggeris yang selalu kita dengar dan selalu kita gunakan. Hatta orang yang tidak pandai bahasa Inggeris pun tahu dua perkataan ini. Apabila kita bersetuju dengan sesuatu perkara yang ditanya kepada kita, maka kita akan menjawab YES. Jika sebaliknya kita akan jawab NO.

Namun begitu, tahukah anda cara yang yang betul ketika menggunakan dua perkataan ini? Mari kita bincangkan bersama.

Apabila menjawab dengan mengatakan YES, anda perlu jawab begini;

Did he come last week? – Yes, he did.

Anda tidak boleh hanya menjawab ‘Yes’, tapi perlu ditambah perkataan ‘he did.’ Contoh lain;

Are you from Malaysia? – Yes, I am.

Is he your friend? – Yes, he is.

Are Aziz and Satar from Malaysia? – Yes, they are.

Namun, berbeza dengan NO. Apabila anda menjawab No, anda perlu ringkaskan jawapan anda. Lihat contoh.

Did he come last week? – No, he didn’t. (ringkasan daripada he did not)

Are you from Malaysia? – No, I’m not. (I am not)

Is he your friend? – No, he isn’t. (he is not)

Are Azizi and Satar from Malaysia? – No, they aren’t. (they are not)


carry out atau carry on?

Salam kepada semua pembaca. Maaf kerana tidak mengemaskini blog ini pada minggu lepas. Ini kerana blog menghadapi sedikit masalah teknikal yang diluar jangkaan. Alhamdulillah semuanya sudah berjaya diselesaikan.

Oleh kerana tiada tips pada minggu lepas, jadi hari ini kita belajar dua phrasal verbs sekaligus. Saya juga akan menunjukkan penggunaan yang betul untuk phrasal verbs ini. Phrasal verbs kita untuk hari ini ialah carry out dan carry on. Mari kita lihat dahulu apa yang dimaksudkan dengan kedua-dua phrasal verbs ini.

carry out – melaksanakan

carry on – mengurus

Yang salah

My son will carry out my business in my absence.

Anak saya akan melaksanakan perniagaan saya ketika ketiadaan saya.

Business family. Father and son in suit on a gray background. photo

Yang betul

My son will carry on my business in my absence.

Anak saya akan menguruskan perniagaan saya ketika ketiadaan saya.

Sekian.

Good Night atau Good Evening?

Kita selalu mendengar orang menggunakan GOOD EVENING ketika berjumpa atau mengucapkan selamat ketika hari sudah MALAM. Kita mungkin menggaru-garu kepala dan berkata,

Kenapa GOOD EVENING? Bukankah sepatutnya GOOD NIGHT? Sebab good night kalau dalam bahasa Melayu ialah selamat malam.

Yang betul

Gunakan GOOD EVENING sebagai ucapan ketika kita bertemu dengan seseorang pada pukul 6 petang dan ke atas (pukul 6, 7:45, 8:50, 9:00 dan seterusnya) . GOOD NIGHT pula digunakan ketika waktu malam hampir berakhir dan sebagai ucapan perpisahan kita dengan kawan kita pada hari tersebut.

Contoh:

Good evening Faeza, would you like to have some dinner with me?

(Selamat petang Faeza, sudikah awak keluar makan malam dengan saya?)
Good night. I’ll see you at work tomorrow.

(Selamat malam. Jumpa awak di tempat kerja esok.)

sumber gambar: http://japanese.gatech.edu/images/greetings/index.html

9 March 2010 atau March 9, 2010?

Hari ini saya tidak bercerita tentang phrasal verbs. Tapi hari ini saya ingin membantu anda memperbaiki kesilapan yang mungkin anda lakukan dalam penulisan tarikh dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Melayu, tarikh tidak menjadi masalah. Kita boleh menulis tarikh hari ini sebagai 9 Mac 2010, 9/3/2010, 9-3-2010, 9.3.2010 dan sebagainya. Kesemuanya betul.

Akan tetapi, dalam bahasa Inggeris terdapat beberapa peraturan yang anda harus patuhi terutamanya dalam penulisan. Jika anda ingin menyatakan tarikh hari ini, anda perlu menulis begini,

March 9, 2010.

dan bukan begini.

9 March 2010.

Selain itu, anda juga boleh menulis begini;

9th March, 2010.

dan bukan begini,

March 9th, 2010.

Saya harap anda tidak tersilap lagi selepas ini. ;)