Category Archives: Idioms

ABOVE ALL

Apakah yang dimaksudkan dengan ABOVE ALL?

Jika kita terjemahkan bulat-bulat maksudnya akan jadi ‘semua di atas’. Akan tetapi maksud sebenarnya mengikut tatabahasa inggeris adalah berbeza.

ABOVE ALL – yang paling penting (most importantly)

Contoh:

1. Above all, you must be independent.

Yang paling penting, kamu mesti jadi orang yang berdikari.

2. As a teacher you should listen, empathize, and above all be patient.

Sebagai guru anda perlu mendengar, mengambil berat dan paling penting sekali bersabar.

3. Above all, tell the truth.

Yang paling penting, beritahu perkara sebenar.

Baiklah, sekarang cuba anda buat ayat menggunakan idiom ABOVE ALL. Taip dalam ruangan komen di bawah. Selamat mencuba!

around the corner

Cuti sekolah sudah kembali. Seperti biasa ramai yang mengambil kesempatan cuti sekolah ini untuk melangsungkan perkahwinan. Antara tarikh cantik yang menjadi rebutan pada tahun ini ialah 11.11.2011. Ada yang akan mengadakan kenduri pada bulan 12 tapi bernikah pada bulan 11 kerana mahukan tarikh 11.11.11.

Tak kurang juga yang mengadakan kenduri pada 20.11.2011. Saya ada mendapat jemputan kenduri pada ini. Sepanjang perjalanan saya menuju ke majlis perkahwinan tersebut, tak kurang sepuluh buah rumah lagi mengadakan majlis pada tarikh yang sama. Belum lagi di tiang lampu isyarat, penuh dengan nama pengantin dan di bawahnya tertulis tarikh 20.11.2011.

Jika anda juga bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah ini, saya ucapkan selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat.

Idiom

around the corner – semakin hampir berlaku (about to happen; imminent)

1. Our wedding day is just around the corner.

Hari perkahwinan kami semakin hampir.

2. The economist says that economic recovery is just around the corner.

Ahli ekonomi mengatakan pemulihan ekonomi semakin hampir berlaku.


pay respect

Dalam kemeriahan kita menyambut Hari Malaysia baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pengeboman di Sungai Golok, Selatan Thai. Dalam kejadian tersebut, dilaporkan seramai 4 orang rakyat Malaysia telah terkorban manakala 5 orang lagi cedera dan sedang dirawat di hospital. Mereka yang terkorban ialah Wong Hon Yep, 64, cucunya, Wong Kai Sean, 3, Fong Too Keh, 45, dan Chan Yau Wing, 52. Seorang lagi rakyat Malaysia Wong Wai Seong yang cedera di bahagian kaki dan telinga kanannya, dan kini sukar mendengar akibat letupan bom yang membunuh bapa dan anak sulungnya itu.

Kebetulan pada ketika itu saya bersama rakan-rakan sedang bercuti di Hatyai, Thailand. Difahamkan pada hari tersebut ada kira-kira 300 buah bas melintasi sempadan Malaysia-Thailand untuk ke negara gajah gutih itu. Namun alhamdulillah, tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku di sana dan kami semua telah selamat sampai semula ke Malaysia.

Idoms

pay respect – memberikan atau menunjukkan penghormatan kepada seseorang

(to honor someone; to have and show respect for someone. )

 

1. Some party and state leaders paid their last respects to the victims.

Beberapa orang pemimpin parti dan negeri memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa.

2. You really should pay your boss more respect.

Anda patut berikan penghormatan yang lebih kepada bos anda.

3. We have to pay our parents a lot of respect.

Kita perlu memberikan penghormatan yang banyak kepada ibu bapa kita.

at all cost

Pada hari raya kali ini, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Seorang wartawan yang sangat berdedikasi, Allahyarham Noramfaizul telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Kematian Allahyarham berlangsung ketika beliau cuba memainkan peranannya untuk membantu mangsa tragedi kemanusiaan Somalia. Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

 

Berbalik kepada cerita kita hari ini, saya ingin berkongsikan dengan anda satu idioms iaitu at all cost yang bermaksud dengan apa cara sekali pun.

- at all cost – dengan apa cara sekalipun / by any means

1. The journalist was determined at all costs to get a report from the war zone.

Wartawan itu berazam dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan laporan dari zon perang itu.

2. Ani told the doctor to preserve her mother’s sight at all costs.

Ani memberitahu doktor itu supaya menyelamatkan penglihatan ibunya walau dengan apa cara sekalipun.

3. I’m determined to get vacation time at any cost.

Saya bertekad untuk pergi bercuti walau dengan apa cara sekalipun.

 

My two cents

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan diucapkan kepada pembaca beragama Islam. Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan keampunan, bulan Al-Quran dan bulan beribadat kepada-Nya. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah kita.

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,  saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian satu frasa dalam bahasa Inggeris yang sering digunakan dalam perbualan mereka iaitu My Two Cents. Jika diterjemah bulat-bulat dalam bahasa Melayu ia membawa maksud ‘dua sen saya’. Akan tetapi maksud yang tersiratnya ialah my opinion atau pada pendapat saya. Frasa ini sering digunakan dalam perbualan orang-orang Amerika. Jika anda menonton filem-filem mereka, anda pasti pernah dengar frasa ini.

Contoh ayat:

My two cents is that you should sell that stock now.”

Pada pendapat saya awak perlu jual saham itu.”

“That’s just my two cents.”

“Itu pendapat saya saja.”

 

Anda nak cuba buat ayat? Sila taip di ruangan di bawah.

Terima kasih.

made up my mind

Sudahkah anda membuat keputusan ke mana anda hendak pergi hujung minggu ini? Dengan siapa? Pukul berapa?

Ya, setiap hari kita tidak lari daripada membuat keputusan. Jika kita mempunyai wang, kita akan membuat keputusan ke mana wang tersebut akan kita belanjakan. Jika kita mempunyai masa yang terluang, kita sendiri yang memutuskan apa yang kita akan lakukan dengan masa tersebut dan sebagainya.

===

Keputusan = decide.

Jika anda ingin kata,

‘Saya sudah membuat keputusan’

anda boleh nyatakan begini,

I have decided.’

Bagaimanapun, untuk kelihatan lebih menarik, anda boleh gantikan perkataan decide dengan made up my mind.

I have made up my mind to do social service.

I have decided to do social service.

Kedua-duanya membawa maksud yang sama.

sumber gambar: 
http://id.wikipedia.org/wiki/Bantuan_kemanusiaan_untuk_korban_gempa_bumi_Samudra_Hindia_2004

had better

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan kepada semua pembaca beragama Islam. Mudah-mudah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik baik kita untuk kita penuhi dengan amal ibadat.

Dalam bulan Ramadhan ada satu ibadat yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu Solat Tarawikh. Jadi marilah kita sama-sama menunaikannya nanti samada di rumah, di surau dan masjid berdekatan. Semoga kita jadi hamba-Nya yang lebih baik.

Hari saya akan berkongsi dengan anda satu idioms dalam bahasa Inggeris iaitu had better.

better - lebih baik

He is better than you.

Dia lebih baik daripada kamu.

had better - sepatutnya (should)- biasanya digunakan ketika ingin memberi nasihat.

I think we had better take the opportunity of Ramadhan to increase our faith.

Saya rasa kita sepatutnya menggunakan peluang bulan Ramadhan untuk meningkatkan iman kita.

You‘d better get moving if you want to catch your train.

Anda sepatutnya pergi jika anda ingin mendapatkan keretapi anda.

Sumber gambar: http://eslahonline.net/author/abu-bakr/page/3

Malaysia akhirnya ke Piala Dunia!

Malaysia di Piala Dunia 2010!

Hari ini ada berita menggembirakan buat semua peminat sukan tanah air. Mana tidaknya, Malaysia akan ke Piala Duia 2010! Nanti dulu. Bukan pasukan bola sepak tapi pengadil perlawanan. ;)

Subkhidin Hj. Salleh, nama yang tidak asing lagi dalam arena pengadilan perlawanan bola sepak tempatan telah diberi penghormatan untuk mengadili perlwanan Piala Dunia di Afrika Selatan bermula Jun ini. Beliau akan dibantu oleh dua pegawai, Mu Yuxin dari China dan Jeffrey Goh Gek Pheng dari Singapura sebagai pembantu pengadil.

Dua pegawai perlawanan negara – Allahyarham Kapten Abdul Halim Hamid dan Mat Lazim Awang Hamat – pernah juga terpilih ke pusingan akhir Piala Dunia, tetapi hanya berwatak selaku pembantu pengadil.

Saya selalu mengikuti perkembangan bola sepak tempatan. Tidak dinafikan, Subkhidin merupakan antara pengadil terbaik pernah dilahirkan negara. Biarpun tegas dengan keputusannya, beliau seorang yang tidak lokek dengan senyuman. Itulah kekuatan Subkhidin. Tak dapat tengok pasukan bola sepak, tengok pengadil pun jadilah. ;)

Tahniah Subkhidin!

Idioms:

MALAYSIA will be at the Fifa World Cup in South Africa after all.

Malaysia akhirnya ke Piala Dunia Fifa di Afrika Selatan! ;)