About

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Blog Memperkasa Bahasa Inggeris. Nama saya Hafiz.

Tujuan saya membangunkan blog ini adalah untuk berkongsi dengan anda perkataan dan pelajaran berkaitan dengan bahasa Inggeris. Tumpuan saya ialah kepada perkara-perkara tambahan dalam bahasa Inggeris yang boleh menambah perisa kepada struktur bahasa Inggeris itu sendiri agar ia nampak lebih bersahaja dan berbunga-bunga seperti phrasal verbs dan idioms.

Dalam blog ini saya cuba menyampaikan tips bahasa Inggeris seringkas yang mungkin. Saya faham, ada banyak blog lagi yang anda ingin layari. Jadi, anda hanya perlu singgah di blog ini dalam seminit dua untuk memantapkan bahasa Inggeris anda.

Saya harap usaha saya yang kecil ini jika tidak sedikit, banyaklah dapat membantu anda dalam menguasai bahasa antarabangsa ini. Akhir kata, selamat membaca!

Ikhlas dari,

Hafiz Lidin

Penulis E-Book

Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris

http://www.bahasainggeris.com