Utama | Tempah | Affiliate | Hubungi

 


 

"Ianya sangat membantu."

Tidak dapat dinafikan penggunaan Bahasa Inggeris pada masa kini sangat penting dan menjadi satu kelebihan bagi mereka yang mengusainya. Terutamanya untuk melanjutkan pelajaran dan dalam bidang pekerjaan.

Bagi saya ebook yang diolah dengan mode santai ini dapat memperbaiki dan meningkatkan keyakinan dalam menguasai bahasa antarabangsa ini. Dengan kaedah dan pendekatan yang kreatif yang telah digunakan oleh penulis sendiri telah membuktikan bahawa ianya efektif dan berkesan.

Saya mengucapkan tahniah diatas penghasilan ebook ini. Ianya sangat membantu.



Maizul
http://www.maizul.com


Mungkin anda berada dalam situasi ini.

Anda sering dimarahi oleh guru dan ibubapa anda dan ditertawakan oleh rakan anda kerana setiap kali ujian Bahasa Inggeris, andalah orang yang mendapat markah paling rendah. Sebahagian rakan yang lain pula melihat anda dengan muka yang penuh kasihan.

Anak anda selalu mendapat markah corot dalam matapelajaran bahasa Inggeris.

Anda berasa tercabar dengan rakan anda yang suatu ketika dahulu tahap penguasaan Bahasa Inggerisnya lebih kurang anda sahaja tetapi kini sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan sering mendapat perhatian guru-guru, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan.

Anda berasa rendah diri kerana rakan-rakan anda, orang-orang di sekeliling anda hampir kesemuanya sudah mahir berbahasa Inggeris sedangkan anda masih berada ditakuk yang lama.

Anda berada di tahun akhir pengajian di universiti. Anda sering gelisah kerana tahap penguasaan bahasa Inggeris anda masih rendah sedangkan hampir kesemua majikan-majikan inginkan pekerjanya mahir berbahasa Inggeris. Kalau boleh anda tidak mahu mendapat status penganggur.

Usaha-usaha anda untuk mendapat pekerjaan yang baik terbantut dek kerana pertuturan anda dalam bahasa Inggeris ketika ditemuduga amat mengecewakan.

Anda sudah belajar Bahasa Inggeris bertahun-tahun. Anda boleh membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris, tapi bila disuruh bercakap anda jadi gemuruh, rasa macam orang bodoh, malu dan segan.

Anda ingin belajar dan menguasai Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai buku rujukan yang tepatdan bersesuaian. Yuran yang dikenakan untuk kursus Bahasa Inggeris juga terlalu mahal.

Bos-bos anda jika hendak bercakap dengan anda, biasanya akan menggunakan bahasa Inggeris. Anda pula tergagap-gagap menyusun ayat untuk membalas.


Kini masalah yang anda hadapi ini bakal berakhir...

___________________________________________________________________________


Dari papan kekunci: Abdul Hafiz bin Lidin @ Khlidin
Kepada : Yang lemah berbahasa Inggeris


Assalamualaikum & Salam Hormat,

    Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar dan graduan tidak habis-habis diperkatakan di media-media massa mahupun media cetak hingga ke hari ini. Ibu bapa pening, guru-guru bahasa Inggeris pening, pengetua-pengetua pening, Menteri Pelajaran pening, Menteri Pengajian Tinggi pening, majikan pening dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang masih lemah dikalangan pelajar-pelajar dan graduan-graduan terutamanya yang berbangsa Melayu.

    Dato' Rafeah Salim, Bekas Naib Canselor Universiti Malaya dalam satu temubual oleh International Herald Tribune dipetik sebagai berkata, "The cause of the underemployment I'll give you one reason for it: English. The only industry that's really using Bahasa is the government service." ("Punca pengangguran saya berikan satu sebab iaitu Bahasa Inggeris. Industri yang menggunakan Bahasa Melayu hanyalah perkhidmatan kerajaan.")

    Alangkah ruginya setelah bertahun-tahun menghabiskan wang ringgit, masa dan tenaga menuntut ilmu di menara gading, tidak mampu memperoleh pekerjaan yang baik selepas tamat pengajian hanya kerana masalah bahasa. Apa sebenarnya yang berlaku? Susah sangatkah belajar Bahasa Inggeris? Siapa yang seharusnya dipersalahkan? Adakah guru-guru bahasa Inggeris? Kementerian Pelajaran Malaysia? Atau pelajar itu sendiri??


Kawan-kawan,

    Hari ini jika anda merasakan yang diri anda masih lemah berbahasa Inggeris, tidak mengapa. Jangan rasa malu atau rendah diri. Saya amat memahami anda kerana saya pernah berada dalam situasi anda suatu ketika dahulu. Saya tidak dilahirkan sebagai seorang yang genius.

    Saya pernah gagal dalam peperiksaan bahasa Inggeris selama dua kali berturut-turut dan mendapat tempat yang terakhir di dalam kelas! Saya juga tidak belajar di sekolah aliran Inggeris, bukan juga berdarah kacukan Melayu-Inggeris, mahupun berjiran dengan Mat Saleh! Pendek kata saya kurang pendedahan dengan bahasa Inggeris. Biarpun begitu saya masih boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Saya juga pernah bekerja di syarikat GLC gergasi tanah air yang mana saya dikehendaki berkomunikasi dalam bahasa Inggeris setiap hari dengan pelanggan!

Bagaimana saya melakukannya? Semuanya saya bongkarkan dalam ebook ini.

Belajar Bahasa Inggeris


Sebuah ebook yang menggunakan pendekatan motivasi untuk menerangkan bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik beserta tip-tip tertentu yang PERTAMA di pasaran!

Apa manfaat ebook ini kepada anda?

Anda akan didedahkan kepada:

5 sebab utama kenapa anda lemah bahasa Inggeris.
3 strategi untuk menguasai bahasa Inggeris.
Persiapan-persiapan penting yang perlu dilakukan sebelum belajar bahasa Inggeris.
3 tip mudah untuk memahami tulisan-tulisan berbahasa Inggeris.
3 tip mudah bagaimana hendak menjadi Penulis Bahasa Inggeris Super!
Beberapa kaedah untuk menguatkan ingatan anda terhadap perkataan yang anda hafal.
Panduan memilih kamus yang baik untuk menguasai bahasa Inggeris

5 syarat untuk mahir BERKOMUNIKASI dalam bahasa Inggeris.
Teknik membina KEYAKINAN DIRI semasa ingin bercakap bahasa Inggeris.

Cara bagaimana anda boleh bercakap bahasa Inggeris secara spontan tanpa berfikir terlebih dahulu.

Ajaran-ajaran songsang guru-guru Bahasa Inggeris anda di sekolah dalam menguasai KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS!


Siapa yang patut memiliki e-book ini.

Pelajar sekolah yang sering mendapat markah corot dalam subjek Bahasa Inggeris setiap kali peperiksaan.

Pelajar yang mempunyai cita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Mahasiswa universiti yang sering mendapat markah yang rendah dalam banyak subjek (akibat tidak faham dengan buku-buku rujukan yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris serta tidak dapat menulis dengan baik semasa menjawab soalan peperiksaan.)

Mahasiswa yang berada di tahun akhir pengajian yang ingin membuat persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Pensyarah dan guru Bahasa Inggeris yang ingin meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris para pelajarnya dengan teknik baru.
Ibu bapa yang prihatin terhadap masa depan anaknya supaya menguasai Bahasa Inggeris dari bangku sekolah lagi.

Penganggur yang ingin memantapkan penguasaan komunikasi dalam Bahasa Inggeris supaya mudah diterima bekerja.

Usahawan yang ingin menguasai Bahasa Inggeris untuk meluaskan pasaran perniagaan ke luar negara.

Sesiapa sahaja yang mempunyai impian yang hanya boleh ditunaikan dengan menguasai Bahasa Inggeris.

 


Dengar kata mereka yang telah membaca..

"Satu panduan yang mampu mengubah kebolehan diri"

Salam sejahtera saudara Hafiz,

Terima kasih kerana telah menerbitkan ebook Kuasai Bahasa Inggeris ini. Saya sendiri berasa begitu bertuah kerana diberi peluang untuk memiliki ebook ini.

Penerangan yang disampaikan di dalam ebook ini sangat bermotivasi dan saya yakin segala strategi yang saudara lontarkan di dalam ebook ini PASTI MAMPU mengubah seseorang yang tidak mahir dalam bahasa inggeris untuk menjadi mahir dalam bahasa antarabangsa ini. Ini adalah kerana setiap daripada strategi tersebut telah terbukti berkesan kerana saya sendiri turut dan sedang mengaplikasikannya.

Jika kita kenangkan kembali, kita telah terdedah dengan Bahasa Inggeris sejak kecil lagi... Dari radionya, lagu, kartun.. kebanyakannya berbahasa inggeris. Namun, masih ramai lagi yang tidak mampu untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan tahap yang memuaskan. Malah ada juga yang langsung tidak tidak gemar dengan Bahasa Inggeris dan sanggup memperlekehkan golongan yang menggunakan Bahasa ini.

Saya amat mengesyorkan kepada mana - mana pengguna yang INGIN meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, dapatkan panduan ini. Walaubagaimanapun, terus terang saya katakan saudara Hafiz tidak mengajar anda tatabahasa, cara membina ayat dan sebagainya.

Namun beliau tunjukkan strategi yang berkesan untuk menguasai bahasa ini. Tidak ada gunanya anda memiliki 100 buku tatabahasa inggeris tetapi tidak mempunyai strategi yang berkesan untuk menguasainya. :)


ikhlas
Amirol Zolkifli
http://www.PeluangInternet.com

 

Assalamualaikum,

Pernah anda mendengar kaedah Belajar Bahasa Inggeris menggunakan Bahasa Melayu, sesuatu yang jarang di dengar bukan?. Tetapi dengan Ebook ini telah membuktikan ia bukanlah suatu yang mustahil. Dengan Isi kandungan yang ringkas dan padat dengan tip-tip dan kaedah melaksana, menjadikan ia sebuah Ebook yang Unik.

Melihat pada gaya lontaran penulis yang tersendiri, Ebook ini sesuai dibaca oleh individu yang masih di bangku sekolah sehingga yang telah bekerjaya. Ebook ini amat sesuai kepada mereka yang benar-benar ingin menguasai Bahasa Inggeris. Tetapi tanpa Keinginan dan usaha segunung gedung ilmu belum tentu mendatangkan mafaat kepada pemiliknya.

Akhir kata, suka saya berkongsi sepotong ayat “Keterbatasan anda berbahasa, membatasi Ilmu dan pergaulan anda”.




Ikhlas,
Mohd Khalis Faiz.
http://khalisfaiz.com/
 

Saya kini sedar kenapa saya masih gagal menguasai Bahasa Inggeris

Terima kasih kepada saudara hafiz kerana membuat ebook yang telah menyedarkan saya. Ebook ini telah menyedarkan saya kelemahan besar yang telah saya lakukan untuk menguasai Bahasa Inggeris. Kini saya tau macam mana teknik sebenar hendak menguasai Bahasa Inggeris.



Kasimo
www.pakejlumayan.com
 

Ini bukan sebuah ebook yang akan mengajar anda untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat! Tetapi dengan membaca ebook ini, anda akan didorong untuk belajar dan menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik!

Anda juga akan pelajari asas, teknik dan strategi bersama tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan bagi membantu memudahkan anda belajar bahasa Inggeris.

Sebuah ebook yang mampu memotivasikan diri anda untuk belajar dan menguasai Bahasa Inggeris!



Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Blogger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
http://www.PemikirKaya.com
 

Ebook ini amat-amat berbeza dengan apa yang selalu kita jumpa atau belajar di sekolah. Ia penuh dengan tip-tip yang jarang -jarang sekali diajar semasa di sekolah mahupun university. Setiap penerangan di sertakan sekali dengan gambarajah yang memudahkan proses pemahaman.

Dari grammar sehinggalah ke komunikasi, dan yang paling menarik, banyak diselitkan motivasi-motivasi yang berkaitan bagi setiap masalah yang mungkin dihadapi oleh mereka-mereka yang lemah bahasa inggeris.

p/s: Selepas saya membaca ebook ini, saya sudah mula mebina blog BI saya sendiri. Walaupun mungkin berterabur gramamarnya, yang penting saya sudah berani mencuba. InsyaAllah kalau kita mencuba, lama-lama kita akan berjaya. Terima kasih Hafiz! :)"



Adney
www.oneadney.com

Memang ebook rahsia kuasai English..saya pun tercengang baca ebook ni.

Kali pertama saya baca ebook English tapi dalam Bahasa Malaysia. Ebook ni sebenarnya nak ubah mind set kita dan beri gambaran sebenar bahawa English itu SANGAT MUDAH! Thanks hafiz. Kita semua nak pandai BI tapi betul ke kita dah pandai?? itulah yang akan diungkaikan dalam ebook ini.?

Teknik nak mudah belajar BI juga diajar, tak perlu beli alat mahal-mahal pun nak belajar BI ni sebenarnya.. Caranya? Semua di ajar dalam ebook ini. Akan ada 3 strategi penting yang di ajar dalam ebook ini.. Nak belajar BI? Dapatkan ebook ni dulu dan belajarlah BI, pasti jadi mudah..


Wanmus.
http://myekamus.com

Bahasa Inggeris merupakan antara subjek utama yang jarang masyarakat kita kuasai. Ia merupakan subjek yang begitu penting kerana ia merupakan bahasa global dan digunakan di seluruh dunia. 

Setelah membaca ebook kuasai bahasa inggeris ini, sy berasa teruja.
Kerana pendekatan yang digunakan didalam ebook ini merupakan pendekatan mudah. Pendekatan yang diberikan adalah sangat mudah yang kadangkala kita tidak menitik beratkan. Tahniah kepada penulis ebook ini, kerana berjaya menghasilkan sebuah ebook yang mampu membantu masyarakat untuk menguasai bahasa inggeris.

Ia menerangkan dari asas penggunaan bahasa inggeris. Saya syor dan galakkan anda untuk membelinya!  Tahniah Hafiz!



Safuan a.k.a Sipenglipurlara
www.sipenglipurlara.com
www.extremetech.com.my

 

FAKTA

Bahasa Inggeris merupakan antara bahasa terbesar penggunaannya di dalam dunia ini.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua di Malaysia selepas Bahasa Melayu.
Sumber ilmu banyak dalam bahasa inggeris. Buku, internet dll.
Bahasa antarabangsa dan boleh berkomunikasi dengan pelbagai bangsa.
Menurut kajian, seseorang yang mampu menguasai lebih dari satu bahasa lebih tinggi IQnya berbanding orang yang menguasai satu bahasa sahaja.
   

Tunggu! Saya ada HADIAH PERCUMA untuk diberikan kepada anda.

BONUS # 1: Panduan grammar berbahasa Melayu

 


Kelebihan eBook ini:
Ditulis dan diolah dalam Bahasa Malaysia agar anda dapat betul-betul faham dengan tatabahasa Inggeris.
Mengandungi 17 bab yang merangkumi nouns, adjectives, pronouns, adverbs dan sebagainya.
Bagaimana untuk membina soalan dalam Bahasa Inggeris.
Sangat sesuai untuk mereka yang lemah penguasaan grammarnya.


BONUS # 2: Kupon diskaun RM 5 kamus elektronik,

e-kamus.

Kupon Diskaun E-Kamus

 
Pencarian makna KURANG DARI SESAAT.
Membantu menambah perbendaharaan kata
Pembelajaran bahasa menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Membetulkan KESALAHAN EJAAN Bahasa Malaysia.
Hanya 'double click' @ 'mouse move'
Menjimatkan masa dan kos.
TERBARU! DENGAN SEBUTAN ENGLISH (UK.)
Update PERCUMA.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk menguasai Bahasa Inggeris? Jika ya klik sini.

Oh ya...berapakah jumlah yang perlu anda laburkan untuk mendapatkan 2 eBook ini?

 
RM 120?
RM 80?
RM 60?

Tidak... saya tidak lah sekejam itu...

 

Jika anda ingin pergi ke kursus-kursus bahasa inggeris, cuba lihat senarai yuran pusat kursus bahasa Inggeris di Malaysia yang sempat saya kaji selidik.

  • Pusat A - Yuran untuk Level 1 sahaja selama 8 bulan ialah sebanyak RM 1,840. Kalau 6 level sudah RM 11,040! Deposit yang perlu dibayar ialah RM 360.
  • Pusat B - Yuran pendaftaran yang dikenakan ialah RM 1,500 manakala yuran bulanan ialah sebanyak RM 400. (12 bulan = RM 4,800)
  • Pusat C - Yuran peringkat asas sahaja ialah sebanyak RM 730. Baru asas, belum peringkat sedarhana, pertengahan dan mahir lagi.
Jika anda membeli perisian-perisian (CD, audio CD) Bahasa Inggeris pula, harganya tidak kurang daripada RM 2,000

Baiklah, biar saya berterus terang. Pada mulanya saya bercadang meletakkan harga yang tinggi untuk e-book ini kerana ia merupakan yang pertama dan tiada yang seumpamanya di pasaran! Selain itu, jika anda membeli e-book saya ini, anda akan merasakan yang anda sedang membaca 2 buah buku yang berbeza dan sangat bermanfaat!

Oleh itu saya bercadang meletakkan harga sebanyak RM 60 iaitu RM 30 untuk e-book pertama dan RM 30 lagi untuk e-book kedua (grammar). Akan tetapi dek kerana saya ada tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan iaitu ingin melihat generasi sekarang mahir berbahasa Inggeris, saya membuat keputusan untuk menjual ebook ini kepada anda dengan harga promosi
RM 60 RM 40.

Ya, pelaburan anda untuk menguasai Bahasa Inggeris hanya RM 60 RM 40 sahaja! Apalah sangat RM 60 RM 40 jika dibandingkan dengan kejayaan yang akan anda kecapi sekiranya anda berjaya menguasai Bahasa Inggeris nanti.

Cuba pejamkan mata (selepas ini) dan bayangkan...

Anda bermain-main salji ketika musim sejuk semasa anda melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Anda bercakap dalam bahasa Inggeris dengan begitu lancar dihadapan penemuduga.

Anda beroleh pekerjaan yang baik selepas penemuduga tersebut tertarik dengan kepetahan anda berbahasa Inggeris.

Anda mampu membeli kereta atau apa sahaja barang keinginan anda hasil gaji yang lumayan yang anda terima. Semuanya bermula dari komunikasi Bahasa Inggeris anda yang sangat baik.

Anda boleh membalas sapaan pelancong-pelancong asing yang datang ke Malaysia.

Anda berkomunikasi ketika pergi melancong ke luar negara dan membeli-belah dibandaraya terkemuka seperti London tanpa ada masalah komunikasi. 

Anda .......... (isikan tempat kosong)
 

Indah bukan?


Oleh itu, cepat dapatkannya sekarang sebelum saya mengubah fikiran dan menjualnya pada harga RM 60 semula!

 

*Jika anda masih lagi mengerut dahi dan berkira-kira memikirkan RM 60 RM 40 terlalu mahal, anda sebenarnya sedang melakukan kesilapan yang besar untuk menguasai Bahasa Inggeris kerana tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan panduan yang bakal membawa seribu satu kebahagiaan kepada anda.

Tempahan E-Book BahasaInggeris.com

Hanya RM 40.00!!

PENTING: 

Gambar hanya ilustrasi. Ebook adalah dalam format PDF iaitu buku maya yang hanya boleh dibaca melalui komputer dengan menggunakan perisian khas Adobe Acrobat Reader. Download ebook ke komputer/laptop, masukkan password dan baca.

TIADA BUKU FIZIKAL YANG AKAN DI POS KE RUMAH ANDA.

Anda boleh mencetak ebook ini bagi memudahkan anda untuk membacanya di mana-mana sekalipun.

Tak perlu saya terangkan lagi akan kepentingan Bahasa Inggeris kepada kita masa kini. Jika anda masih lagi tidak belum dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, saya cadangkan anda untuk memiliki eBook ini segera.

Bukan sekadar motivasi, eBook ni lebih daripada itu. Anda akan didedahkan
dengan cara mudah untuk menguasai asas-asas grammar dan mudah mengingati perkataan (vocabulary).

Saya syorkan anda dapatkan segera ebook ni!

Tahniah Hafiz!



SyedHafidz
http://www.RajaAffiliate.com

 

Jangan bertangguh lagi, dapatkan sekarang juga!!



Beli sekarang walaupun pada jam 3.48 pagi
(Pembelian online anda melalui proses yang selamat)

Langgan Newsletter daripada BahasaInggeris.com secara PERCUMA!

Ketahui 7 kesilapan biasa yang sering berlaku dalam penggunaan Bahasa Inggeris dengan melanggan newsletter dari BahasaInggeris.com.

Sila masukkan nama dan alamat email anda untuk menerima newsletter daripada kami.

      Nama anda:
              Email:

*Alamat email anda adalah 100% selamat bersama kami. Anda juga dibenarkan untuk unsubscribe pada bila-bila masa sahaja yang anda suka. Privacy anda adalah keutamaan kami.




Yang benar,


 

Email: abdulhafizlidin@gmail.com

SMS/whatsapp: 012-3004593


P.S: Akhirnya anda dapat jimat beratus-ratus wang anda menghadiri kursus serta membeli perisian yang mahal-mahal untuk menguasai bahasa Inggeris.

P.S.S: Jika anda ingin mengubah masa depan anda, dapatkan ebook ini disini. Pilihan terletak di tangan anda. Anda mampu mengubahnya.

P.S.S.S:
RM 60 RM 40 sangatlah murah jika dibandingkan dengan gaji atau kenaikan gaji yang anda akan dapat nanti yang. Mungkin sekitar RM 2000, RM 3,500 atau lebih. Siapa tahu?

P.S.S.S.s: Nampaknya anda benar-benar berminat untuk mendapatkan ebook ini! Mana tidaknya.. anda masih terus membaca sampailah ke perenggan yang ini. Jelas sekali anda merupakan seorang yang benar-benar berminat terhadap ebook ini :) tempah sekarang juga :)

Diterbitkan oleh:
HAFIZ LIDIN ENTERPRISE
No. Pendaftaran: IP0390543-A